Ahad, Mac 13, 2022

Old MacDonald Had A Farm - Easy Guitar Chords

Hari ini saya kongsi kord gitar lagu kanak-kanak dan nursery rhyme yang popular - Old MacDonald Had A Farm. Salah satu lagu yang sesuai untuk aktiviti sing-along with the kids. Dahulu, saya suka buat aktiviti Bahasa Inggeris menggunakan lagu ini ketika ada sesi mengajar anak-anak kecil. Percayalah, sangat menyeronokkan sebab kita boleh lihat reaksi mereka yang teruja membuat bunyi haiwan.


Old MacDonald Had A Farm (Easy Guitar Chords)

Old MacDonald Had A Farm Chords

C             F     C
Old MacDonald had a farm.

C   G   C
E-I-E-I-O.

               F     C
And on that farm he had a cow.

C   G   C
E-I-E-I-O.


C
With a *moo-moo here
C
And a *moo-moo there.
C
Here a *moo, there a *moo,

Everywhere a *moo-moo.

C             F     C
Old MacDonald had a farm.

C   G   C
E-I-E-I-O.


* Tukarkan dengan haiwan ladang yang lain:
  • chicken
  • goat
  • lamb
  • horse
  • duck
  • pig


Lirik Pak Abu Ada Ladang (Old MacDonald Had A Farm dalam bahasa Melayu)


Pak Abu ada ladang, 
E-I-E-I-O.
Di ladang ada lembu,
E-I-E-I-O.
Moo moo sana, moo moo sini,
Moo moo moo moo moo moo moo.
Pak Abu ada ladang, 
E-I-E-I-O.


Saranan untuk aktiviti pembelajaran:

  • Mengenal haiwan yang tingal di ladang (farm animals) - Penggunaan flash card atau imej berwarna juga sangat membantu.
  • Beri pendedahan kepada si kecil tentang haiwan liar dan juga haiwan jinak - mana yang sesuai dan boleh dibela juga sebaliknya. Kaitkan dengan contoh-contoh yang sesuai. 
  • Ajar juga mereka kenal ciri-ciri luaran  haiwan - has stripes (mempunyai belang), long tail (berekor panjang), hard scales (bersisik keras), has feathers (berbulu pelepah) dan macam-macam lagi.
  • Aktiviti melukis dan mewarna - banyak video dan material sokongan yang boleh anda cari di internet.

Selamat beraktiviti bersama si cilik!

2 ulasan:

  1. Lagu fav kanak-kanak ni sambil belajar mengenal bunyi binatang.

    BalasPadam
  2. sy reti nyanyi je. petik gitar mmg tercampak terus yuri kalau dgr hahahaah

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.