728 x 90

Sabtu, 24 Mei 2014

Dek Kerana Makarun Kelapa Fafau!

Khamis lalu, saya lepak depan TV, tengok cerita baru 'Kerana Terpaksa Aku Relakan'. Sambil-sambil tu jenguk blog la kononnya. 

Sementara nak menunggu berita pukul lapan, ada iklan Pertandingan Teh Tarik anjuran F&N diikuti dengan promo susu pekatnya. (Saya tak pasti iklannya sekali atau dua iklan berbeza sebab mata kat i-pad) Tapi dalam iklan tu, Fara Fauzana edarkan biskut makarun kelapa yang nampak tempting sangat kepada orang ramai untuk dirasa. Biskut tu dapat pujian hebat sebab salah satu ramuan pentingnya ialah susu pekat F&N.

Tiba-tiba saya perasan peningkatan pada bilangan pengunjung di blog. Blog 'orang biasa-biasa aje' macam saya ni, manalah biasa dapat banyak-banyak visitor datang berkunjung serentak. Terus saya jadi pelik. Apasal nih? Refreshed blog beberapa kali. Bilangannya makin meningkat. Aikk?! Saya tak buat sebarang entri baru pun yang boleh tarik trafik berdesup-desup ke FAMF Tower.

Rupa-rupanya,..



Orang dok cari resepi makarun kelapa! Kebetulan saya pernah tulis entri resepi Makarun Kelapa empat tahun lalu. Maka secara tak langsung, dek kerana biskut makarun kelapa si Fafau, meriah blog saya dengan pengunjung :)

*By the way, bagi yang berminat nak buat makarun kelapa, boleh cuba resepi version saya :)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...