NOTA KASIH: Maaf, buat masa ini saya tidak berkesempatan untuk blogwalking dan balas komen-komen yang kalian tinggalkan. Saya dan team terlibat dengan projek #lelakilangitbumi. Saya belum berpeluang untuk buat entri rasmi mengenainya lagi but what is interesting is #lelakilangitbumi ada menyentuh tentang blogger and will evolve with bloggers as well.


Jadi, bagi yang suka baca novel online, setakat saya menulis entri ini, #lelakilangitbumi dah ada 20 bab live and accessible di Portal Ilham. Ingin jadi sebahagian daripada #lelakilangitbumi? Baca #lelakilangitbumi dan pilih watak kegemaran anda --> #teamdiha atau #teamariyyan di ruangan komen mana-mana bab. Nyatakan mengapa. Anda mungkin bertuah untuk buat special appearance dalam #lelakilangitbumi kelak.


Rabu, 12 Mac 2014

'Mr. D.I.Y Paper Pack' Sesuai untuk Kraf Kertas (Paper-crafts)

Kunjungan saya ke Mr. D.I.Y beberapa hari lalu buat RM saya melayang lagi! Saya jumpa 'Paper Pack' (kertas sederhana tebal yang mempunyai corak dan rekaan yang sangat cantik!) Sesuai untuk paper-crafts, nak buat kad ke,...nak buat scrapbook ke...memang boleh sangat-sangat!

'Paper Pack' Mr. D.I.Y didatangkan dalam dua saiz. Ini yang saya jumpa di kedai tu lah. Tak tahulah kalau ada saiz lain. Yang pertama 6" X 6" (32 keping kad dengan 16 rekaan yang berbeza).

'Summer Bloom' & 'Vintage Notes'

Satu lagi bersaiz A4. Sama juga ada 32 keping kad dengan 16 rekaan berbeza.


Perhatikan cover depan 'Paper Pack' dalam gambar untuk lihat design kad-kad yang ada dalam setiap pek. So pretttyyyy!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...