728 x 90

Isnin, 24 Februari 2014

Tutorial Kraf - Cara Menggunakan 'Corner Punch'

Hari ini kita bersiaran dari bilik kraf FAMF TOWER ye. Sebelum ini saya pernah menulis tentang 'Corner Punch' (baca entri berkenaan di sini), jadi hari ini saya nak tunjukkan cara nak gunakan 'corner punch' seperti di dalam gambar di bawah.


Cara 1
Basically, kita hanya perlu selaraskan bahagian bucu kertas yang kita nak punch supaya kena dengan sudut pada plat putih tu. Kemudian, tekan butang putih kat atas tu (kena guna kudrat sikit ye...). Hasilnya seperti gambar di bawah.

Cantik tak?

Cara 2
Selain daripada untuk buat kemasan pada bucu kertas, 'corner punch' jenis yang ini boleh juga digunakan sebagai 'border punch'. Maknanya kita boleh hasilkan sebaris pattern yang sama pada bahagian tepi kertas. Hanya perlu tanggalkan plat plastik putih tu. (Sila lihat gambar.)

Once plat putih ni ditanggalkan, dah boleh guna untuk bahagian sisi kertas.
Kemudian, punch secara berulang untuk dapatkan design yang seragam. Lipat atau potong lebihan kertas yang bersisa.

Tak perlu 'border punch' untuk hasilkan pattern ini ;)

Mudah saja kan? Satu 'craft punch', dwifungsi. Kebiasaannya, harga 'craft punch' ini (bergantung kepada jenama dan kualiti sekitar RM12 - 35 sebiji). Tapi, kalau nak murah, boleh dapatkan macam yang saya punya ni di DAISO, RM5 je!

10 ulasan:

  1. SB tak tau wujud benda2 cam ni..hihi

    BalasPadam
  2. wah kreatif..tak terfikir pun nak buat mcm ni kan..l

    BalasPadam
  3. @Sue Bee Kita pun baru belajar guna benda2 ni Sue Bee.

    BalasPadam
  4. @Cik Yaya - akak masa mula2 dulu sakit hati tengok plat putih tu tercabut. Rupa-rupanya ada fungsi ;)

    BalasPadam
  5. assalamualaikum sis...minat sangat menda2 macam ni, kat mana nk beli ek corner punch ni?

    BalasPadam
  6. @Hana Idris W/salam. Hana boleh cari di DAISO. Tapi kualitinya tak setanding dengan 'punches' yang dijual di kedai barangan kraf (a little bit pricey). Boleh juga cuba cari di kedai buku POPULAR, cawangan yang besar & ada jual range produk PopArtz utk crafts & scrapbooking.

    BalasPadam
  7. oo macam tu, okehh, tenkiu.nnt nak cari jgk. suka tgk hasil tgn awk...comeyyy sgt, sy pon mnt..cuma xde bhn. ;)

    BalasPadam
  8. @Hana Idris U r most welcome. Tak apa. Kumpul barang slow2,..

    BalasPadam
  9. Salam singgah sini Farah....cutenya lah Farah...

    BalasPadam
  10. Suka benda2 macam ni.. dah tahu nak cemana nak guna . boleh pi cari satu nanti..^^

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...