Jumaat, Februari 21, 2014

Arjuna Beta - Fynn Jamal

Saya terdiam masa mula-mula dengar lagu ni. Liriknya sangat mendalam! Saya suka pada karakter 'bonda' dalam lagu ini yang sanggup lakukan apa saja demi mempertahankan anaknya. Saya juga rasa 'pesanan-pesanan bonda' buat si anak amat menyentuh perasaan. Touching!!!! Deep!!! Two thumbs up!!!

Jom 'Like' Fynn Jamal Music

Lirik Lagu 'Arjuna Beta' - Fynn Jamal

takkanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur,
datang petir menyambar
jengking dan ular
bonda takkan berundur.

nyamanlah arjuna beta,
mimpikan yang indah saja,
nanti bila kau buka mata,
semua tak serupa.

kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi,
jalan betul, anakanda, tak jelas mata
ambil yang sarat duri.

hiduplah arjuna beta,
biarkan jasad yang luka,
selama tuhanmu ada,
takkan engkau tercela.

ngeri tak terbayang mata,
bonda takkan ada sentiasa,
nanti moga kau tak lupa,
bonda memujukmu, anakanda.

hiduplah arjuna beta,
biarkan jasad yang luka,
selama tuhanmu ada,
takkan engkau tercela.

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

*Sedang minta M usahakan guitar chords untuk lagu ini. The easy one. Yang boleh saya main dengan kemahiran saya yang terhad ;) 

DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.