728 x 90
Assalamu'alaikum,

Currently away from my tower. Berehat daripada berblogging untuk sementara waktu. Entri-entri selepas ini sehingga hujung Mac, scheduled entry.

Insya-Allah, jumpa lagi nanti. Ada kesempatan saya balas komen dan blogwalking ye :)

20 Februari 2017

Isnin, 20 Januari 2014

Resepi Sandwich Tuna Oh La La!


Hari ini saya nak 'update' resepi untuk entri awal bulan hari tu Sadwich Tuna Oh La La!. Apa yang best tentang sandwich ni ialah hidangan ini kaya dengan rasa. Yelah, macam-macam bahan berkhasiat yang diletak. Bukan sekadar tuna dan mayonis je tau! Then,  bila makan, kita akan enjoy dengan 'kerangupan' daun salad dan saderi (celery) segar yang ada dalam roti tu. Cubalah!


Resepi Sandwich Tuna Oh La La!

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 tin kepingan tuna dalam tin (sama ada yang ditinkan dalam air mineral, minyak bunga matahari atau minyak zaitun).
  • 1 labu bawang besar (cincang halus)
  • 2 tangkai cili hijau (dipotong)
  • 1 tangkai saderi (celery) (dipotong)
  • 2 sudu besar mayonis
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • 3 – 4 sudu besar jus lemon
  • Garam secukup rasa
   
  • Beberapa potongan roti (mengikut citarasa - saya guna 'wheat baguette'), dibakar seketika
  • Sedikit mentega
  • Beberapa biji tomato kecil (dibelah dua)
  • Kepingan atau parutan keju Cheddar
  • 2 sudu besar daun parsli yang telah dicincang
  • Beberapa keping daun salad
  • Sedikit sos cili
   

Cara-cara penyediaan:

  1. Keluarkan isi tuna, tapis airnya. 
  2. Gaulkan isi tuna dengan mayonis, bawang, cili hijau, tomato kecil dan saderi. Perasakan dengan jus lemon, sedikit lada hitam dan garam.
  3. Bakar roti menggunakan pembakar roti. Sapukan sedikit mentega pada kepingan yang telah dibakar.
  4. Susun daun salad di atas roti. Ratakan dengan isi tuna, keju Cheddar dan taburan daun parsli.
  5. Letakkan sos mengikut citarasa.

1 ulasan:

  1. resipi dah ada ..nak buat nya entah bila huhuh..JM...JM

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...