728 x 90

Khamis, 16 Januari 2014

Lepat Segan a.k.a Lapek Sagan


"Lapek Sagan? Kenapa orang panggil lepat ni lepat segan?" Itu yang mula-mula saya tanya pada ibu. Pada usia menjangkau 33 tahun ni, baru pertama kali saya rasa kuih bergelar 'Lapek Sagan' ini.

Beginilah rupanya 'lapek sagan'.
Menurut Cekebon, lepat ni dipanggil 'lepat segan' atau dalam bahasa orang Minang, 'lapek sagan' sebab lepat ni mudah untuk dibuat. Lepat orang malas! Huh?! Masih kurang jelas, saya bertanya pada kenalan saya dari Indonesia. Katanya di sesetengah kawasan yang diduduki oleh orang Melayu seperti Riau dan Sumatera Utara, kuih ini dipanggil 'lepat segan', sama seperti di Malaysia. Perkataan 'segan' membawa makna malas atau enggan melakukan sesuatu. Jadi, lepat ini dinamakan sedemikian kerana kaedah penyediaannya tidak rumit hinggakan orang yang malas pun boleh membuatnya. Hahaha! Make sense-lah kenapa Cekebon cakap 'lepat orang malas'.

Resepi Lepat Segan @ Lapek Sagan

  • 1/2 kg beras pulut, dicuci bersih, direndam selama setengah jam kemudian dikukus selama lebih kurang 15 minit.
  • 1 sisir pisang kepok (lenyekkan)
  • 1/2 butir kelapa parut
  • 5 - 6 sudu besar gula merah
  • Garam secukup rasa
  • Daun pisang untuk membungkus

Cara-cara Penyediaan:
  1. Gaul sekata pisang yang telah dilenyek dengan gula, kelapa parut dan beras pulut yang telah dikukus.
  2. Perasakan dengan garam
  3. Bungkus dalam daun pisang dan kukus selama 30 minit.

Well, kalau ditengok pada resepi di atas, mungkin interpretasi 'malas' orang dulu-dulu berbeza kot. Kalau ikut tahap malas saya, bila baca resepi ni terus terhapus niat nak cuba buat! Nak rendam beras, kukus beras dulu, lenyek pisang la, then nak bungkus jadi macam lepat lagi,...kukus lagi,...ni lepat orang rajin lah!

4 ulasan:

  1. kalau SB yang buat, kompom la skip langkah lenyek2 pisang tu..kihkihkih..

    BalasPadam
  2. kalau sis JM yang malas ni jgn kata nk buat..nak gi cari barang utk buat pun malas hahah...camno tu..malas yg x de ubat nih..nasib baik bukan malas nk makan ahahah

    BalasPadam
  3. Baru makan Lapek Sagan pagi tadi. Saya kongsikan ya catatan cik puan di blog saya.

    http://www.petai.net/2016/11/lepat-lapek-sagan.html

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...