Jumaat, 26 Oktober 2012

Buat Memo Pad @ Kertas Conteng Guna Kertas Terpakai


Hari ni saya nak kongsi satu aktiviti yang boleh dilakukan dengan anak-anak/adik-adik menggunakan kertas terpakai. Tujuannya, kita nak set mind mereka supaya jangan suka bazir kertas!

Dulu-dulu masa kecil, setiap kali hujung tahun dan habis sekolah, ibu akan suruh kami kumpul semua buku tulis. Setiap buku akan diselak dan helaian muka surat yang masih kosong dan tidak bertulis akan dikoyakkan. (Err..untuk buku-buku tulis yang tidak digunakan lagi/tidak relevan untuk tahun akan datang saja tau...) Kemudian, kertas-kertas tu akan dikumpulkan satu tempat. Setiap kali nak buat Maths, kami akan guna kertas-kertas tu untuk conteng/buat jalan kerja. So, tidak perlulah kita guna buku tulis kosong yang baru semata-mata untuk buat kertas conteng :)

Kebanyakan anak-anak kita sekarang, semacam dah jadi habit - guna buku tulis yang baru semata-mata untuk jadikan 'Buku Conteng'. Conteng satu dua muka, ambil/beli buku baru pula. Jadi, di sinilah peranan kita untuk didik mereka. Setakat untuk conteng jalan kerja Matematik atau buat draft karangan, gunalah kertas-kertas terpakai. Buku yang baru biar guna untuk keperluan sekolah :)

OK, berbalik kepada kertas terpakai, hari ni kita nak buat memo pad. Kumpul sebanyak mana kertas terpakai yang belakangnya kosong. Pastikan juga tiada maklumat sulit pada kertas tersebut. Potong mengikut saiz yang kalian inginkan. Selain itu, kalian juga perlukan beberapa design cop yang menarik (boleh didapati di kedai alat tulis).


Untuk setiap helaian, copkan dengan satu/dua design. Sekadar hiasan agar helaian kertas tu nampak menarik. Let the kids do this part. They'll enjoy it :) Biarkan dakwatnya kering.

Cantik tak?
Setelah siap, bolehlah kumpul kertas-kertas tu dan letakkan dalam kotak yang sesuai. Boleh juga ambil dalam 7 ke 10 keping dan 'stapler'kan. Mudah untuk anakanak anda bawa dan guna di sekolah.

Yang penting, kertas-kertas tu dimaksimakan penggunaannya. Kita tak membazir & dapat selamatkan pokok-pokok! Let's GO GREEN!


Sabtu, 20 Oktober 2012

Cara Mengurus Stok Barang 'Baking' @ Barang Dapur


Selamat berhujung minggu! Syokkkknya cuti!!! Hmmm, hari ni saya nak kongsi cara untuk menguruskan barang-barang dapur atau 'ingredients baking' supaya lebih tersusun. Ini melalui pengalaman saya sendiri. Setiap kali nak 'bake' atau masak setiap kali itulah saya berperang di dapur. Punggah laci itu, buka almari ini untuk dapatkan bahan-bahan yang diperlukan. Stok tepung bersepah sana-sini. Kadang-kadang dah buka dan guna tepung baru, baru perasan yang tepung lama masih ada berbaki.

Ada juga situasi saya dah beria-ia nak 'bake', tiba-tiba ada ingredient yang tak cukup. Aikkkk? Rasanya tepung custard ada lagi? Dah habis ke? Terus hilang mood!

So, saya pun lambakkan semua bahan yang saya ada atas meja. Aisssssyyyy...sempat juga mengeluh coz ada tepung yang bertaburan disebabkan plastiknya 'bertikaman' sesama sendiri huhuhu. Kebanyakan bahan-bahan yang saya ada dalam kuantiti yang sedikit. Jadi, saya carilah container yang sederhana besar untuk muatkan apa yang patut :)

Okay, ini apa yang perlu dilakukan.

1. Sediakan bekas plastik/kotak sederhana besar. Asingkan bahan-bahan mengikut jenis.
Kumpulkan bahan-bahan yang sama jenis dalam 1 bekas. Contohnya, letakkan bijirin seperti oat dan nestum dalam 1 kotak. Tepung-tepung dalam satu kotak yang lain. Tuliskan kuantiti (dalam kg/pek) barang-barang tersebut.



2. Masukkan ke dalam kotak. Buat label senarai barang dan tampalkan di luar kotak.  Pastikan senarai ini mudah dilihat dan mudah untuk 'diedit' (apabila barang bertambah atau berkurang).

Tuliskan sekali tarikh luput bahan-bahan tersebut. Tidaklah nanti masa nak buat cookies baru perasan ada bahan yang dah 'expired'.


3. Susun kotak - kotak dengan label di bahagian hadapan.

Inilah hasilnya!

Selesaiiiii!! Bolehlah kotak-kotak ini disusun atas rak/almari. Kucar-kacir bahan-bahan berjaya dibanteras!!! Heheheh kalau nak tengok satu-satu bahan tu ada atau tidak, rujuklah pada label yang dah dibuat. Bila ambil barang dari kotak atau ada pertambahan stok, jangan lupa 'update' pada label. Bahan yang nak expired boleh guna segera. Yang dah expired boleh buang. Jimat masa, jimat tenaga dan yang penting dapur kita lebih organized. 


Rabu, 17 Oktober 2012

Ikan Terubuk Masin Goreng Rangup


Hari ni menu dari Sarawak lagi! Cuma 'bersiaran' dari Kuang seperti biasa :) Menu sampingan untuk makan malam. Ikan terubuk masin yang digoreng rangup kemudian dihidang dengan bawang & cili kering yang digoreng. Makan dengan nasi panas -- TERANGKATTTTT!!!



Isnin, 15 Oktober 2012

Mari Makan Buah Dabai!


"Angah beli buah dabai, tapi tak tahulah nak makan macam mana?" 

Terpinga-pinga juga aku masa mula-mula nampak buah tu. Macam buah kurma pun ada, tapi keras. Angah bawa balik dari Kuching. Inilah pertama kali aku nampak buah dabai ni. Angah kata buah ni tak akan jumpa kat semenanjung, itu sebab dia beli. (Hehehe Angah memang ada kecenderungan untuk beli/cuba macam-macam food,...rasa pelik ke... sedap ke tidak belakang kira!)

OK, inilah rupanya buah dabai. Nama saintifiknya 'Canarium Odontophyllum'. Buah ni banyak di Sarawak, tapi berbuah ikut musim.

Cara nak makan buah ni senang je. Kita hanya perlu bersihkan dan kemudian rendam dalam air suam selama 15 - 20 minit. Once kita rendam, buah tu akan lembut, kemudian bolehlah dimakan. Rasa buah dabai ni lemak-lemak. Tapi agak 'bland'. Lagi 'ummmph' kalau dicicah dengan kuah yang masam-masam atau masukkan dalam sambal belacan.

Lepas makan, aku survey di internet. Rupanya di Sarawak, buah dabai ni dimakan dengan kicap atau dibuat jeruk. Hmmm...aku pun tiba-tiba decide nak makan 'dabai kicap' as supper.


Resepi Dabai Kicap
  • Beberapa biji buah dabai yang telah direndam dan ditus.
  • Kicap manis
  • Limau Kasturi

Gaulkan kicap dan perahan jus limau kasturi dengan buah dabai. Sedia dimakan.

Thanks so much, Cekengah! Berpeluang Along kenal dan rasa buah Dabai ni. Terima kasih juga untuk kek lapis Sarawak, terubuk masin, belacan, pes ikan bilis dan T-Shirt besau! I LOVE U!!!!!!

Khamis, 11 Oktober 2012

Resepi Bubur Barli

Beberapa hari lepas, aku buat bubur barli untuk minum petang. Tengok stok barli kat rumah tak berusik, cubalah buat bubur barli. So, ini resepinya.

Resepi Bubur Bali Cekebon (sebab masa buat bubur ni teringat kat ibu he..heh)

  • 1 cawan barli
  • 2 cawan air
  • Beberapa bahagian ayam (dalam 1 atau dua ketul) - potong kecil-kecil
  • 1 batang lobak merah - potong bulat
  • 1/2 sudu lada sulah/lada putih
  • Garam secukup rasa
  • Beberapa biji limau kasturi - belah dua dan buang biji

Cara-cara:
  1. Rebus barli dengan air hingga masak. 
  2. Masukkan potongan ayam dan lobak merah. Biarkan atas dapur seketika hingga ayam masak.
  3. Kemudian, masukkan lada sulah dan perasakan dengan garam.
  4. Sedap dimakan begitu sahaja ketika bubur masih panas. Lebih lazat jika diperahkan sedikit jus limau kasturi ke dalam bubur. Boleh juga dihidangkan bersama roti atau biskut.

Tatttaaaaaadaaaaaaa!
Inilah Bubur Barli Cekebon.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...