Selasa, 18 Disember 2012

Kerabu Suhun & Ketam

Ini percubaan pertama saya buat kerabu suhun. Selama ni memang teringin nak buat, tapi asyik lupa je masuk dalam menu planner. Untuk kerabu ni saya guna suhun dalam 100g, fillet ketam & fishballs. Seperti biasa, nak 'kawwww' lagi masukkanlah serai, daun limau, sos ikan dan cili padi. Perasakan dengan perahan jus limau. OK, selamat jamu mata.

'Corner Punch' for Papercraft

Hari ni saya nak bercerita sedikit tentang 'Corner Punch'. Fungsi 'corner punch' ni adalah untuk buat kemasan melengkung pada hujung kertas/kad/projek kraf kita. Tool ni datang dalam pelbagai jenis dan saiz.

Ini 'corner punch' milik saya. Khusus untuk buat lengkungan yang bersaiz kecil :)

Ada juga yang bentuknya sebegini.
Credits to: dawsondesigns.wordpress.com

Untuk dapatkan lengkungan yang sempurna, selarikan kertas dengan betul dan 'punch' bahagian hujung kertas yang diingini.

Inilah hasilnya! Dengan menggunakan 'corner punch', kad ni jadi lebih menarik.
'Corner Punch' seperti yang ditunjukkan di atas boleh didapati di kedai menjual barangan kraf & kedai alat tulis dengan harga sekitar RM15 - RM25.

Agar-agar Rambutan

Agar-agar ini pun siaran tertunda :) Baru hari ni berkesempatan nak kongsikan resepinya di sini.


Bahan-bahan:
  • Satu paket agar-agar 25g
  • Air 1.2 liter
  • 200g isi rambutan dikisar bersama 200ml air dan ditapis.
  • 1 senduk gula/ mengikut citarasa - kalau mahu lebih manis, tambahkan gula.
  • 1 cawan isi rambutan/lebih.

Cara-cara:
  1. Rendam agar-agar 30 minit - sejam supaya mudah hancur apabila direbus. Toskan.
  2. Didihkan 1.2 liter air. Masukkan agar-agar tadi. Kacau hingga agar-agar betul-betul hancur.
  3. Masukkan jus rambutan yang dikisar dan gula. Kacau lagi hingga sebati.
  4. Tuangkan ke dalam loyang atau acuan agar-agar dan sejukkan.

Nota: Masukkan daun pandan dan tukarkan gula kepada gula perang/gula Melaka untuk pelbagaikan rasa :)

Asam Gelugur & Projek Buat Asam Keping

Sebenarnya ini projek dua minggu lepas. Ibu balik kelas agama bawa beberapa biji buah asam gelugur. Itulah kali pertama saya tengok buah tu. Mula-mula ingat pisang kaki hehehe. Bila ibu kata buah ni yang kita buat asam keping, saya lah yang over excited. Time tu juga minta ibu ajar nak buat macam mana.

OK, inilah rupanya buah asam gelugur. Buah yang ibu bawa balik ni besar-besarlah juga saiznya. Menurut Bott, dulu masa di kampung dia biasa tengok mak & nenek buat asam keping, tapi buahnya kecil-kecil.


Selepas buah-buah tu dibersihkan, kita potonglah kepada beberapa bahagian kecil macam kat atas tu. Ha,..dalam gambar tu, Cekebon (my beloved mum) sedang beraksi memotong asam gelugur.


Selesai dipotong, susunlah dalam dulang. Dah boleh jemur! Bila tengok lapisan atas dah mula kering, terbalikkan asam ni supaya bahagian bawahnya pula kena panas. Kena jemur beberapa hari hingga asam betul-betul kering. Yeayyy! Merasa buat asam keping sendiri ;)

Isnin, 26 November 2012

Kek Sedap 'Andai Ku Bercinta Lagi'

Ini kek birthday Bott & Uje. Jauh datangnya nih. Dhila & Uje pergi beli kat KLCC. Kek keju tapi rasa kejunya ngam ngam saja - not too overpowering. Teksture kek pula alahaiiii sangatlah lembut dan ringan! Bila kita kunyah, rasa keju, coklat dan krim tu bersatu....SYIOKKKK! Sekejap je saya dah habiskan 2 slices.


Oh, kek ni saya panggil 'Kek Andai Ku Bercinta Lagi' sebab masa makan kek ni sooooo sedap, setiap suapan saya nikmati dengan gumbira sambil 'humming' lagu MOJO dalam kepala.. hehehe.

'Saya Buat Sendiri' - Birthday Card untuk Uje

OK, kali ni buat birthday kad untuk Uje pulak. Kat bawah ni  2 keping kad birthday yang saya siapkan untuk adik bongsu saya. Kiranya satu kad daripada Along & satu daripada Angah :)

Tema black and white. Nak nampak ekslusif la kononnya ;)

Ini pula saya guna embossed paper dan buat 'faux' stich guna white-gel pen.




'Saya Buat Sendiri' - Birthday Card untuk Bott

Saya memang minat dengan paper crafts & scrapbooking. Sejak kecil memang suka kertas & pen warna-warni. Sampai ke tua, kalau pergi bookstore MPH ke, Popular ke...mesti pergi intai-intai section alat tulis (dan 'terbeli' beberapa batang pen warna!). Kalau pergi crafts shop pulak, sampai juling-juling mata tengok varieties of patterned & coloured papers. Hasilnya, walaupun saya tak ada masa nak buat crafts/scrap page, saya dah ada section sendiri di rumah untuk letak barang-barang nak buat kraf saya hehehe ala-ala 'craft station' or work place gitu!

So, sempena birthday Bott dan Uje last week, saya decide untuk buat sendiri card birthday diorang. At least masa-masa macam ni lah craft tools saya becomes handy.

Hasilnya,...



Kad ni saya 'tepek' dekat hadiah birthday Bott dan letak somewhere dalam rumah. Then, malam birthday Bott saya tag gambar ni kat fb dan 'paksa' Bott buat 'treasure hunt' utk dapatkan birthday present dia.

Selasa, 20 November 2012

Birthday Party Uje & Bott


Setelah beberapa kali ubah venue dan  tukar tarikh, akhirnya ibu buat final decision untuk celebrate birthday Uje (adik bongsu saya) dan Bott di rumah. Saya & Angah tarikh nafas lega. Kalau ikutkan, itu memang plan asal. Kemudian tukar sebab 'itu',... then tukar lagi sebab 'ini'. Tukar lagi dan tukar lagi! Sampai kami berdua pun pening kepala. Nak plan something special pun macam dah hilang angin. Padahal, we just nak buat small celebration among family members je.

So, since sekarang dah confirm, barulah boleh plan betul-betul. Heheheh saya jadi super excited. Dari petang tadi round & buat tour keliling dapur untuk fikir nak buat apa as dessert. Nak buat apa ye? Main dish dah settle. Hadiah-hadiah yang saya dan Angah beli, hanya separuh je yang dah balut (oh kad belum siap lagi...) Ish,..kena buat check list ni. Saya ni bukan boleh harap sangat. Sedar tak sedar dah hari Sabtu, baru terkocoh-kacah nak buat itu ini.

MODE: Preparation utk birhday party Uje & Bott ;)

Atasi Masalah Butang 'Home' i-Pad yang Tidak Berfungsi

Baru-baru ni ada masalah sikit dengan i-pad saya. Butang 'home' lambat respond. Kadang-kadang langsung tak berfungsi. Sedihla juga :( Tak sampai setahun guna pun! So, saya pun surveylah di internet. Rupa-rupanya memang ramai juga pengguna i-pad yang hadapi masalah yang sama.

Di bawah ni, saya nak kongsi beberapa tips untuk atasi masalah butang 'Home' ni:

1. 'Restart' i-pad kalian. 'Off' i-pad dengan menekan butang 'Sleep/Wake' untuk beberapa saat sehingga paparan 'Slide to Power Off' muncul. Slide untuk tutup i-pad. Biarkan selama 20-30 saat. Kemudian, tekan semula butang Sleep/Wake untuk 'on' i-pad. Sekiranya masalah masih belum dapat di atasi, cuba cara di bawah pula.

2. Pergi ke Settings --> General --> Accessibility --> Triple-click Home. Sekiranya Triple-click Home berada dalam status 'enable', tukar kepada 'disable'.

3. Buka salah satu daripada aplikasi ini: Messages/Notes/Weather/Contacts. Kemudian, tekan butang 'Home' dan butang 'Sleep/Wake' serentak selama beberapa saat sehinggalah skrin kembali kepada skrin utama.

Jika cara-cara di atas tidak dapat bantu atasi masalah 'Home' button kalian, hubungilah 'Apple Support'.


Selain itu, untuk meminimakan penggunaan 'Home' button,  gunalah 'Multitasking Gestures'. Selalunya jika kita nak besarkan (enlarge) paparan skrin, kita akan gerakkan dua jari (jari ibu dan telunjuk ke luar) kan? Untuk tutup sebarang aplikasi, kita guna the opposite concept. Tak perlu guna 'Home' button lagi. Gunakan kelima-lima jari, letakkan ke atas skrin dan gerakkan kelima-lima jari  ke dalam seolah-olah buat gesture mencubit/menjemput sesuatu. Applikasi akan mengecil dan kembali ke home page/skrin utama. Pastikan Multitasking Gestures dalam mode 'On'. Pergi ke Settings --> General --> Multitasking Gestures --- ON. Mudah kan?

Selamat Mencuba!

Sabtu, 10 November 2012

Saya & Ops Belerang

Huhuhu besar ertinya Ops Belerang buat saya. Dua tiga minggu ni kan hujan lebat. Sejuk je memanjang. Kalau time-time sejuk ni mulalah penyakit asthma saya tegur 'hai hai'! Jadi aktiviti harian saya sepanjang minggu pun sejukkkk saja :)

Dalam pada sibuk sejuk-sejuk ni, pagi tadi saya terkejut sampai nak pengsan sebab terserempak dengan anak lipan! Aduhaiiii...saya memang lemah semangat sikit dengan spesies sebegini! Mujur sempat panggil Bott untuk tolong 'uruskan'. Walaupun saiz saya beribu-ribu kali ganda lebih besar daripada saiz 'anak kaki banyak' ni, tangan saya jadi lemah longlai gitu! Confirm takkan tercederalah anak lipan tuh. Hmmm,.. kalau kat kampung, inilah masalahnya kalau time cuaca sejuk. Binatang-binatang sebegini senang naik/masuk rumah.

Menjelang petang, Bott jumpa pula 'omak'nya kat dalam tandas! Ayoyooooo!! Terkejut sampai nak pengsan buat kesekian kalinya! Phuhhhhh,..maka time itu jugalah saya lancarkan Ops Belerang! Orang kata belerang ni boleh hindarkan binatang berbisa. So, belah petang tadi, saya dan Bott tabur belerang sekeliling rumah. Mujurlah, ada simpan stok belerang dalam stor. Mudah-mudahan, tidak ada lagi lipan dan sekutu-sekutunya yang tersesat masuk rumah.

Jumaat, 26 Oktober 2012

Buat Memo Pad @ Kertas Conteng Guna Kertas Terpakai


Hari ni saya nak kongsi satu aktiviti yang boleh dilakukan dengan anak-anak/adik-adik menggunakan kertas terpakai. Tujuannya, kita nak set mind mereka supaya jangan suka bazir kertas!

Dulu-dulu masa kecil, setiap kali hujung tahun dan habis sekolah, ibu akan suruh kami kumpul semua buku tulis. Setiap buku akan diselak dan helaian muka surat yang masih kosong dan tidak bertulis akan dikoyakkan. (Err..untuk buku-buku tulis yang tidak digunakan lagi/tidak relevan untuk tahun akan datang saja tau...) Kemudian, kertas-kertas tu akan dikumpulkan satu tempat. Setiap kali nak buat Maths, kami akan guna kertas-kertas tu untuk conteng/buat jalan kerja. So, tidak perlulah kita guna buku tulis kosong yang baru semata-mata untuk buat kertas conteng :)

Kebanyakan anak-anak kita sekarang, semacam dah jadi habit - guna buku tulis yang baru semata-mata untuk jadikan 'Buku Conteng'. Conteng satu dua muka, ambil/beli buku baru pula. Jadi, di sinilah peranan kita untuk didik mereka. Setakat untuk conteng jalan kerja Matematik atau buat draft karangan, gunalah kertas-kertas terpakai. Buku yang baru biar guna untuk keperluan sekolah :)

OK, berbalik kepada kertas terpakai, hari ni kita nak buat memo pad. Kumpul sebanyak mana kertas terpakai yang belakangnya kosong. Pastikan juga tiada maklumat sulit pada kertas tersebut. Potong mengikut saiz yang kalian inginkan. Selain itu, kalian juga perlukan beberapa design cop yang menarik (boleh didapati di kedai alat tulis).


Untuk setiap helaian, copkan dengan satu/dua design. Sekadar hiasan agar helaian kertas tu nampak menarik. Let the kids do this part. They'll enjoy it :) Biarkan dakwatnya kering.

Cantik tak?
Setelah siap, bolehlah kumpul kertas-kertas tu dan letakkan dalam kotak yang sesuai. Boleh juga ambil dalam 7 ke 10 keping dan 'stapler'kan. Mudah untuk anakanak anda bawa dan guna di sekolah.

Yang penting, kertas-kertas tu dimaksimakan penggunaannya. Kita tak membazir & dapat selamatkan pokok-pokok! Let's GO GREEN!


Sabtu, 20 Oktober 2012

Cara Mengurus Stok Barang 'Baking' @ Barang Dapur


Selamat berhujung minggu! Syokkkknya cuti!!! Hmmm, hari ni saya nak kongsi cara untuk menguruskan barang-barang dapur atau 'ingredients baking' supaya lebih tersusun. Ini melalui pengalaman saya sendiri. Setiap kali nak 'bake' atau masak setiap kali itulah saya berperang di dapur. Punggah laci itu, buka almari ini untuk dapatkan bahan-bahan yang diperlukan. Stok tepung bersepah sana-sini. Kadang-kadang dah buka dan guna tepung baru, baru perasan yang tepung lama masih ada berbaki.

Ada juga situasi saya dah beria-ia nak 'bake', tiba-tiba ada ingredient yang tak cukup. Aikkkk? Rasanya tepung custard ada lagi? Dah habis ke? Terus hilang mood!

So, saya pun lambakkan semua bahan yang saya ada atas meja. Aisssssyyyy...sempat juga mengeluh coz ada tepung yang bertaburan disebabkan plastiknya 'bertikaman' sesama sendiri huhuhu. Kebanyakan bahan-bahan yang saya ada dalam kuantiti yang sedikit. Jadi, saya carilah container yang sederhana besar untuk muatkan apa yang patut :)

Okay, ini apa yang perlu dilakukan.

1. Sediakan bekas plastik/kotak sederhana besar. Asingkan bahan-bahan mengikut jenis.
Kumpulkan bahan-bahan yang sama jenis dalam 1 bekas. Contohnya, letakkan bijirin seperti oat dan nestum dalam 1 kotak. Tepung-tepung dalam satu kotak yang lain. Tuliskan kuantiti (dalam kg/pek) barang-barang tersebut.



2. Masukkan ke dalam kotak. Buat label senarai barang dan tampalkan di luar kotak.  Pastikan senarai ini mudah dilihat dan mudah untuk 'diedit' (apabila barang bertambah atau berkurang).

Tuliskan sekali tarikh luput bahan-bahan tersebut. Tidaklah nanti masa nak buat cookies baru perasan ada bahan yang dah 'expired'.


3. Susun kotak - kotak dengan label di bahagian hadapan.

Inilah hasilnya!

Selesaiiiii!! Bolehlah kotak-kotak ini disusun atas rak/almari. Kucar-kacir bahan-bahan berjaya dibanteras!!! Heheheh kalau nak tengok satu-satu bahan tu ada atau tidak, rujuklah pada label yang dah dibuat. Bila ambil barang dari kotak atau ada pertambahan stok, jangan lupa 'update' pada label. Bahan yang nak expired boleh guna segera. Yang dah expired boleh buang. Jimat masa, jimat tenaga dan yang penting dapur kita lebih organized. 


Rabu, 17 Oktober 2012

Ikan Terubuk Masin Goreng Rangup


Hari ni menu dari Sarawak lagi! Cuma 'bersiaran' dari Kuang seperti biasa :) Menu sampingan untuk makan malam. Ikan terubuk masin yang digoreng rangup kemudian dihidang dengan bawang & cili kering yang digoreng. Makan dengan nasi panas -- TERANGKATTTTT!!!



Isnin, 15 Oktober 2012

Mari Makan Buah Dabai!


"Angah beli buah dabai, tapi tak tahulah nak makan macam mana?" 

Terpinga-pinga juga aku masa mula-mula nampak buah tu. Macam buah kurma pun ada, tapi keras. Angah bawa balik dari Kuching. Inilah pertama kali aku nampak buah dabai ni. Angah kata buah ni tak akan jumpa kat semenanjung, itu sebab dia beli. (Hehehe Angah memang ada kecenderungan untuk beli/cuba macam-macam food,...rasa pelik ke... sedap ke tidak belakang kira!)

OK, inilah rupanya buah dabai. Nama saintifiknya 'Canarium Odontophyllum'. Buah ni banyak di Sarawak, tapi berbuah ikut musim.

Cara nak makan buah ni senang je. Kita hanya perlu bersihkan dan kemudian rendam dalam air suam selama 15 - 20 minit. Once kita rendam, buah tu akan lembut, kemudian bolehlah dimakan. Rasa buah dabai ni lemak-lemak. Tapi agak 'bland'. Lagi 'ummmph' kalau dicicah dengan kuah yang masam-masam atau masukkan dalam sambal belacan.

Lepas makan, aku survey di internet. Rupanya di Sarawak, buah dabai ni dimakan dengan kicap atau dibuat jeruk. Hmmm...aku pun tiba-tiba decide nak makan 'dabai kicap' as supper.


Resepi Dabai Kicap
  • Beberapa biji buah dabai yang telah direndam dan ditus.
  • Kicap manis
  • Limau Kasturi

Gaulkan kicap dan perahan jus limau kasturi dengan buah dabai. Sedia dimakan.

Thanks so much, Cekengah! Berpeluang Along kenal dan rasa buah Dabai ni. Terima kasih juga untuk kek lapis Sarawak, terubuk masin, belacan, pes ikan bilis dan T-Shirt besau! I LOVE U!!!!!!

Khamis, 11 Oktober 2012

Resepi Bubur Barli

Beberapa hari lepas, aku buat bubur barli untuk minum petang. Tengok stok barli kat rumah tak berusik, cubalah buat bubur barli. So, ini resepinya.

Resepi Bubur Bali Cekebon (sebab masa buat bubur ni teringat kat ibu he..heh)

  • 1 cawan barli
  • 2 cawan air
  • Beberapa bahagian ayam (dalam 1 atau dua ketul) - potong kecil-kecil
  • 1 batang lobak merah - potong bulat
  • 1/2 sudu lada sulah/lada putih
  • Garam secukup rasa
  • Beberapa biji limau kasturi - belah dua dan buang biji

Cara-cara:
  1. Rebus barli dengan air hingga masak. 
  2. Masukkan potongan ayam dan lobak merah. Biarkan atas dapur seketika hingga ayam masak.
  3. Kemudian, masukkan lada sulah dan perasakan dengan garam.
  4. Sedap dimakan begitu sahaja ketika bubur masih panas. Lebih lazat jika diperahkan sedikit jus limau kasturi ke dalam bubur. Boleh juga dihidangkan bersama roti atau biskut.

Tatttaaaaaadaaaaaaa!
Inilah Bubur Barli Cekebon.


Khamis, 27 September 2012

Teringin...


Teringin sangat nak makan mende nih...
Masalahnya, stall yang jual crepe favourite aku ni dah tutup :(
Mana lagi nak cari kat area aku nih.
Hmmm...dah kecur air liur mengenangkan crepe nih.

Khamis, 23 Ogos 2012

Angah, Dato' Siti & Hafiz

Hari ni balik je dari kerja Angah bagi aku dengar lagu baru. Dia suruh teka siapa nyanyi. Alamakkk,...lagu duet...starting je dah ada aura 'I LIKEE!'...tapi tak cam sangat siapa tuan punya suara. Masuk part perempuan, terus cam suara Dato' Siti Nurhaliza.

Oh, inilah lagu baru yang jadi OST drama/telenovela Adam & Hawa. Tajuknya 'Muara Hati', dendangan Hafiz & Dato Siti. Adam & Hawa ni adaptasi novel Aisya Sofea, lakonan Aaron Aziz & Nadiya (pelakon filem Cun). Hmmmm...mesti hit lagu nih.

Kalau tak hit pun, dekat rumah ni dah 'box office' dah heheheh. Angah dah pasang berulang-ulang kali sepanjang malam, buat ringtone dan dah siap karok dengan lagu ni. Berdengung jugaklah telinga aku dengar adik kesayangan aku nyanyi. Mujurlah aku turut jatuh chenta dengan 'Muara Hati'. Best! Best! Best! Muzik videonya pun klasssss gitu! Berminat nak tengok? Searchla dekat youtube, ye.



Lirik Lagu 'Muara Hati' - Nyanyian Dato' Siti Nurhaliza & Hafiz.

Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia

Ku percaya kemana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersenandung
Takkan terpisah hati

Korus:
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu

Hoo uuu..

Aku ada kerna engkau ada
Tercipta hatiku hanyalah untukmu
Jalanku tertuju padamu
Kemana pun kan pasti kembali

Wooo....hoo..

[Ulang Korus]

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku

Hoo....

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta..

DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.

Sabtu, 21 Julai 2012

Resepi Biskut Cornflakes (Mudah & Ringkas)

Nak makan biskut cornflakes yang rangup dan mudah disediakan? Cuba resepi di bawah ni.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan A (Ayak):
  • 150g tepung gandum
  •  210gm tepung jagung
  •  1/2 sudu teh 'baking powder'

Bahan B:
  • 250g mentega
  • 180g gula halus
  • 2 biji telur kuning
  • 2 sudu teh esen vanilla
  • 180gm cornflakes (diramas sedikit sehingga menjadi serpihan kecil dan kasar)

Cara-cara: 
  1. Krimkan mentega dan gula hingga menjadi ringan dan 'fluffy'. Kemudian masukkan kuning telur dan esen vanilla. Pukul hingga semuanya sebati. 
  2.  Masukkan Bahan A yang telah diayak. 
  3. Masukkan cornflakes dan gaul adunan hingga sekata dan menjadi doh yang lembut.
  4. Bentukkan doh bulat-bulat dan letakkan atas 'baking tray' yang telah digris dengan mentega atau shortening. Jika mahu lebih cantik, tekan sedikit permukaan doh dengan garpu.
  5. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 20 hingga 23 minit. (Bergantung pada saiz biskut anda)


Biskut ni memang simple, rangup dan sekali makan nak makan lagi...lagi...dan lagi! Bolehlah ajak anak-anak tolong buat biskut ni untuk raya :)

 Mahu resepi lain berasaskan cornflakes? Cuba Resepi Chewy Flakes.

Jumaat, 20 Julai 2012

Doa Harian untuk Sepanjang Ramadhan

Salam Ramadhan 1433. Alhamdulillah, kita diberi kesempatan oleh Allah untuk bertemu dengan Ramadhan sekali lagi. Perkongsian untuk hari ini - untaian doa yang boleh kita baca setiap hari di bulan penuh kemuliaan ini.

Image Credits to: iluvislam.com

Amalkanlah doa-doa harian di bawah ini sepanjang bulan Ramadhan.

Doa 1 Ramadhan

Yaa Allah! Jadikanlah puasaku sebagai puasa orang-orang yang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku sebagai ibadah orang-orang yang benar-benar melakukan ibadah malam. Dan jagalah aku dari tidurnya orang-orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku ... Wahai Tuhan sekalian alam! Dan ampunilah aku, Wahai Pengampun para pembuat dosa.

Doa 2 Ramadhan

Yaa Allah! Dekatkanlah aku kepada keredhaan-MU dan jauhkanlah aku dari kemurkaan serta balasan-MU. Berilah aku kemampuan untuk membaca ayat-ayat-MU dengan rahmat-MU, Wahai Maha Pengasih dari semua pengasih!!

Doa 3 Ramadhan

Yaa Allah! Berikanlah aku rezeki akal dan kewaspadaan dan jauhkanlah aku dari kebodohan dan kesesatan. Sediakanlah bahagian untukku dari segala kebaikan yang KAU turunkan, demi kemurahan-MU, Wahai dzat Yang Maha Dermawan dari semua dermawan! 

Doa 4 Ramadhan

Yaa Allah! Berikanlah kekuatan kepadaku, untuk menegakkan perintah-perintah-MU, dan berilah aku manisnya berdzikir mengingati-MU. Berilah aku kekuatan untuk menunaikan syukur kepada-MU, dengan kemuliaan- MU. Dan jagalah aku dengan penjagaan-MU dan perlindungan-MU, Wahai dzat Yang Maha Melihat. 

Doa 5 Ramadhan

Yaa Allah! Jadikanlah aku di antara orang-orang yang memohon keampunan, dan jadikanlah aku sebagai hamba-MU yang soleh dan setia serta jadikanlah aku di antara Auliya'- MU yang dekat disisi-MU, dengan kelembutan-MU, Wahai dzat Yang Maha Pengasih di antara semua pengasih. 

Doa 6 Ramadhan

Yaa Allah! Janganlah Engkau hinakan aku kerana perbuatan maksiat terhadap-MU, dan janganlah Engkau pukul aku dengan cemeti balasan-MU. Jauhkanlah aku dari hal-hal yang dapat menyebabkan kemurkaan-MU, dengan anugerah dan bantuan-MU, Wahai Puncak Keinginan orang-orang yang berkeinginan! 

Doa 7 Ramadhan

Yaa Allah! Bantulah aku untuk melaksanakan puasanya, dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku dari kelalaian dan dosa-dosanya. Dan berikanlah aku dzikir berupa dzikir mengingat-MU secara berkesinambungan, dengan Taufiq- MU, Wahai Pemberi Petunjuk orang-orang yang sesat. 

Doa 8 Ramadhan

Yaa Allah! Berilah aku rezeki berupa kasih sayang terhadap anak-anak yatim dan pemberian makan, serta penyebaran salam, dan pergaulan dengan orang-orang mulia, dengan kemuliaan-MU, Wahai Tempat Berlindung bagi orang-orang yang berharap. 

Doa 9 Ramadhan 

Yaa Allah! Sediakanlah untukku sebahagian dari rahmat-MU yang luas, dan berikanlah aku petunjuk kepada ajaran- ajaran-MU yang terang, dan bimbinglah aku menuju kepada kerelaan-MU yang penuh dengan kecintaan-MU, Wahai Harapan orang-orang yang rindu.

Doa 10 Ramadhan

Yaa Allah! Jadikanlah aku di antara orang-orang yang bertawakkal kepada-Mu, dan jadikanlah aku di antara orang- orang yang menang di sisi-MU, dan jadikanlah aku di antara orang-orang yang dekat kepada-MU dengan ihsan-MIU, Wahai Tujuan orang-orang yang memohon. 

Doa 11 Ramadhan

Yaa Allah! Tanamkanlah dalam diriku kecintaan kepada perbuatan baik, dan tanamkanlah dalam diriku kebencian terhadap kemaksiatan dan kefasikan. Jauhkanlah dariku kemurkaan-MU dan api neraka dengan pertolongan-MU, Wahai Penolong orang-orang yang meminta pertolongan. 

Doa 12 Ramadhan

Yaa Allah! Hiasilah diriku dengan penutup dan kesucian. Tutupilah diriku dengan pakaian qana'ah dan kerelaan. Tempatkanlah aku di atas jalan keadilan dan sikap tulus. Amankanlah diriku dari setiap yang aku takuti dengan penjagaan-MU, Wahai penjaga orang-orang yang takut. 

Doa 13 Ramadhan

Yaa Allah! Sucikanlah diriku dari kekotoran dan kejelekan. Berilah kesabaran padaku untuk menerima segala ketentuan. Dan berilah kemampuan kepadaku untuk bertaqwa, dan bergaul dengan orang-orang yang baik dengan bantuan-MU,Wahai Dambaan orang-orang miskin. 

Doa 14 Ramadhan 

Yaa Allah! Janganlah Engkau hukum aku, kerana kekeliruan yang kulakukan. Dan ampunilah aku dari kesalahan-kesalahan dan kebodohan. Janganlah Engkau jadikan diriku sebagai sasaran bala dan malapetaka dengan kemuliaan-MU, Wahai Kemuliaan kaum Muslimin.

Doa 15 Ramadhan

Yaa Allah! Berilah aku rezeki berupa ketaatan orang-orang yang khusyu'. Dan lapangkanlah dadaku dengan taubatnya orang-orang yang menyesal, dengan keamanan-MU, Wahai Keamanan untuk orang-orang yang takut. 

Doa 16 Ramadhan

Yaa Allah! Berilah aku kemampuan untuk hidup sebagaimana kehidupan orang-orang yang baik. Dan jauhkanlah aku dari kehidupan bersama orang-orang yang jahat. Dan naungilah aku dengan rahmat-MU hingga sampai kepada alam akhirat. Demi ketuhanan-MU Wahai Tuhan seru sekalian alam.

Doa 17 Ramadhan

Yaa Allah! Tunjukkanlah aku kepada amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita-ku. Wahai Yang Maha Mengetahui keperluan, tanpa pengungkapan permohonan. Wahai Yang Maha Mengetahui segala yang ada di dalam hati seluruh isi alam. Selawat atas Muhammad dan keluarganya yang suci.

Doa 18 Ramadhan

Yaa Allah! Sedarkanlah aku akan berkah-berkah yang terdapat di saat saharnya. Dan sinarilah hatiku dengan terang cahayanya dan bimbinglah aku dan seluruh anggota tubuhku untuk dapat mengikuti ajaran-ajarannya, Demi cahaya-Mu Wahai Penerang hati para arifin.

Doa 19 Ramadhan

Yaa Allah! Penuhilah bahagianku dengan berkat-berkatnya, dan mudahkanlah jalanku menuju kebaikan-kebaikannya. Janganlah kau jauhkan aku dari keterkabulan amal-amalku di dalamnya, Wahai Pemberi Petunjuk kepada kebenaran yang terang. 

Doa 20 Ramadhan

Yaa Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pintu syurga dan tutupkanlah bagiku pintu-pintu neraka, dan berikanlah kemampuan padaku untuk membaca AI-Quran Wahai Penurun Ketenangan di dalam hati orang-orang Mu'min.

Doa 21 Ramadhan

Yaa Allah! Berilah aku petunjuk menuju kepada keredhaan- MU. Dan janganlah Engkau beri jalan kepada syaitan untuk menguasaiku. Jadikanlah syurga bagiku sebagai tempat tinggal dan peristirahatan, Wahai Pemenuh Keperluan orang- orang yang meminta.

Doa 22 Ramadhan

Yaa Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pintu kurnia-MU, turunkan untukku berkat-berkatmu. Berilah kemampuan untukku kepada penyebab-penyebab keredhaan-MU, dan tempatkanlah aku di dalam syurga-MU yang luas, Wahai Penjawab Doa orang-orang yang dalam kesempitan.

Doa 23 Ramadhan

Yaa Allah! Sucikanlah aku dari dosa-dosa, dan bersihkanlah diriku dari segala aib. Tanamkanlah ketaqwaan di dalam hatiku, Wahai Penghapus Kesalahan orang-orang yang berdosa.

Doa 24 Ramadhan

Yaa Allah! Aku memohon kepada-MU hal-hal yang mendatangkan keredhaan-MU, dan aku berlindung dengan- MU dari hal-hal yang mendatangkan kemarahan-MU, dan aku memohon kepada-MU kemampuan untuk mentaati-MU serta menghindari kemaksiatan tenhadap-MU, Wahai Pemberi para peminta.

Doa 25 Ramadhan

Yaa Allah! Jadikanlah aku orang-.orang yang mencintai Auliya-MU dan memusuhi musuh-musuh-MU. Jadikanlah aku pengikut sunnah-sunnah penutup Nabi-MU, Wahai Penjaga Hati Para Nabi.

Doa 26 Ramadhan

Yaa Allah! Jadikanlah usahaku sebagai usaha yang disyukuri, dan dosa-dosaku diampuni, amal perbuatan ku diterima, dan seluruh aibku ditutupi, Wahai Maha Pendengar dan semua yang mendengar.

Doa 27 Ramadhan 

Yaa Allah! Rezekikanlah kepadaku keutamaan Lailatul Qadr, dan ubahlah perkara-perkara ku yang sulit menjadi mudah. Terimalah permintaan maafku, dan hapuskanlah dosa dan kesalahanku, Wahai Yang Maha Penyayang Terhadap Hamba- Hamba-Nya yang soleh. 

Doa 28 Ramadhan

Yaa Allah! Penuhkanlah hidupku dengan amalan-amalan Sunnah, dan muliakanlah aku dengan terkabulnya semua permintaan. Dekatkanlah perantaraanku kepada-MU di antara semua perantara, Wahai Yang Tidak Tersibukkan oleh Permintaan Orang-orang yang Meminta. 

Doa 29 Ramadhan

Yaa Allah! Liputilah aku dengan rahmat dan berikanlah kepadaku taufiq dan penjagaan. Sucikanlah hatiku dari noda-noda fitnah, Wahai Pengasih Terhadap Hamba- hamba-NYA yang Mu'min.

Doa 30 Ramadhan

Yaa Allah! Jadikanlah puasaku disertai dengan syukur dan penerima di atas jalan keredhaan-MU dan keredhaan Rasul. Cabang-cabangnya kukuh dan kuat berkat pokok-pokoknya, demi kenabian Muhammad dan keluarganya yang suci, dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.

Ahad, 1 Julai 2012

Oat & Oreo Cookies

Sekarang ni aku memang suka sangat buat cookies. Kali ni cuba buat biskut oat pula. Bagi yang suka kunyah-kunyah tu, boleh cuba biskut ni. Tak guna telur, tak guna mentega dan kandungan utama biskut ni -- OAT. Jadi, ala-ala biskut sihat gitu :)


Resepi Biskut Oat Mudah

Bahan-bahan:
  • 1 cawan tepung
  • 200g margerin
  • 4 cawan oat
  • 3/4 cawan gula aising
  • kuning telur secukupnya untuk sapuan atas biskut sebelum dibakar
  • 1 cawan kacang gajus (yang telah dibelah menjadi separuh)

Cara-cara:
  1. Pukul margerin dan gula aising.
  2. Kemudian, masukkan oat. Gaul rata hingga membentuk doh yang boleh diterap. 
  3. Uli sedikit doh sehingga menjadi leper. Terap menggunakan acuan biskut pilihan anda.
  4. Sapukan sedikit kuning telur dan letakkan gajus di atasnya.
  5. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 20 - 25 minit.

Kitorang sekeluarga suka sangat biskut ini. Biskut ni masa tengah bakar dalam oven wangi baunya. Rasanya pun sedap dan lemak. Teksturnya agak padat dan bukan jenis biskut rangup sebab banyak kandungan oat.  Untuk batch biskut dalam gambar di atas tu, aku tambah sedikit biskut Oreo yang dihancurkan. Maka, terciptalah Oat & Oreo yang Nyummmmm Nyummmmm!

Khamis, 24 Mei 2012

Mamat Kitar Semula yang Sangat Kool!

Minggu lepas pergi jalan-jalan jumpa dengan 1 brader ni yang sibuk promote tentang kitar semula. Ni gambar dia.

Bukan main bergaya lagi mamat nih :) 

Nak naik lif, jumpa dia lagi...
Apa yang penting, pesanan si brader nih - 
"TURN EVERY DAY INTO EARTH DAY"
Let's Go Green!!!

Rabu, 23 Mei 2012

Andai Ku Bercinta Lagi - MOJO

Pernah dengar lagu ni sebelum ini tapi tak ingat di mana. Yang terlintas di fikiran aku masa tu, "Eh, dia ni nyanyi macam Awie!" Kali kedua dengar, masa balik kerja tadi. Tengok slot Samarinda: Ameera dengan Koyeen. Aku memang berkenan nak follow cerita ni sebab tengok iklan macam syokkk je :) Lagu ni jadi OST untuk Ameera. Sesuaiiii sangat di pendengaran aku yang gemor lagu ala-ala rock kapak nih. 

Lirik Lagu Andai Ku Bercinta Lagi -MOJO

Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati

DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.

Isnin, 21 Mei 2012

Buat Kek 'Instant' dalam Mug :)

Hari ni  mood tak berapa baik. Tiba-tiba teringin nak makan something 'chocolatey', something sweet untuk minum petang. In other words, i need an instant fix for myself :) So, saya buatlah Mocha Cake in Mug. Simple saja! Yang paling penting 5 minit dah siap :)


Nak buat kek 'instant' ni? Tonton video dan dapatkan resepinya di sini --> 5 Minutes Chocolate Cake in Mug.

*Utk dapatkan rasa mocha, tambah 1 sudu teh instant coffee (larutkan dgn 1 sudu besar air panas) atau guna 1 sudu teh mocha oil/paste :)

Khamis, 10 Mei 2012

Pokok Pudina

Emmm, ini pula projek untuk buat taman herba mini. Aku mulakan dengan tanam pudina dulu. Then, bolehlah cuba-cuba tanam herbs yang lain pula. Balik mengerjakan umrah awal Mac yang lalu, ibu bawa pulang seplastik besar daun pudina. Ibu kata elok untuk buang angin dalam badan. Puas jugalah kami sekeluarga buat teh pudina dan guna dalam masakan.

Aku tanya ibu senang ke nak tanam pudina ni? Ibu kata guna keratan batangnya. Aku pun cuba nasiblah. Alhamdulillah, 'menjadi' juga  pokok pudina aku. Tak perlu risau nak cari daun pudina lagi. Insya Allah, setakat nak buat teh dan guna dalam masakan,.. stok & supply mencukupi.


Dah mula bertunas :)

Dah boleh dipetik!!

Tomato ala-ala 'Farmville'

Wahhhhh, dah bersawang rupanya blog aku! Sebulan lebih tak update dengan sebarang entri baru. OK, kita catch up dengan hasil cucuk tanam aku dulu. Tattadaaaaaaaaa! Inilah beberapa biji 'harvested' tomato hasil titik peluh aku sendiri berkebun belakang rumah heheheh. Aku dah tulis entri [11 biji tomato] sebelum ni mengenai buah-buah tomato yang mula membesar dan meranum di pokok. Hari ni aku kongsikan dengan korang versi 'sudah petik' pulak.

Saiz buah tomato aku ni ada macam 'kudut' sedikit. Ibu kata sebab kurang baja. Noted :)

Sebelum 'dituai' ;)
Kendatipun hasilnya tak seberapa, (cukup-cukup untuk aku masak buat makan 1 famili) aku tetap EXCITED! Ala-ala macam main FarmVille gitu!

Sabtu, 7 April 2012

Tertungga-tungga?!


Semalam aku penat sangat! Kebetulan ada banyak urusan. By pukul 10 malam, mata aku dah berat dah. Tapi kena stay up sekejap. Nak cari materials dalam internet. 

"Larat lagi ke?" Bott tanya. Masa tu, aku dah macam beruang kena tembak ubat pelali depan komputer.

"Kena buat jugak. Saya tak mau banyak sangat kerja tertungga-tungga." 

Tertungga-tungga?! 

Bott dah gelak besar. Adoiyaaiiiii...
Aku kalau penat mulalah slipped tongue. Tiba-tiba jadi cendekiawan cipta istilah baru.

Nak cakap 'tertunda'
Dalam masa yang sama fikirkan 'tertunggak'
Yang keluar = TERTUNGGA-TUNGGA

Jumaat, 6 April 2012

Baucar Tesco RM10


Awal minggu hari tu, ibu cakap teringin nak makan ikan tenggiri masak berlada. Semalam aku cari ikan tenggiri kat kedai runcit, habis...hari ni aku pergi awal sikit pun habis. Mana tak habis, cari ikan dah nak dekat tengah hari! Hehehehe...

Masuk je dalam kereta, kebetulan dapat notification TESCO through SMS. Hari ni, 6 April, Ahli Clubcard Tesco yang berbelanja RM100 ke atas akan dapat Baucar Tesco bernilai RM10. Menarik tuh!

Congak-congak itu ini, selain daripada nak cari ikan tenggiri,...ada juga barang-barang lain yang nak dibeli. So, aku dan Bott pun berdesupppp pergi TESCO.

Total perbelanjaan hari ni dalam seratus lebih. Maka, layaklah dapat baucar RM10 :)

Tattadaaaaa! Inilah baucar yang aku dapat. [Sengih lebar-lebar sampai telinga!]


So, my next visit to TESCO, bolehlah guna baucar nih. Berbaloi!!!

Khamis, 5 April 2012

Kuih Kasturi untuk Minum Petang

Kuih ni ada setengah tempat panggil kuih kacang,...ada yang panggil kuih kasturi (tak pasti tang mana yang 'kasturi' nya). Mana-manalah yea. Aku buat kuih ni untuk sajian minum petang dan hantar ke masjid untuk jemaah makan lepas Isya'. Mudah je nak buat kuih ni cuma masa rebus kacang tu agak-agak jelah airnya.

Bahan-bahan untuk inti:

  • 1 cawan kacang hijau (Basuh, toskan dan kemudian rendam selama 1 - 2 jam sebelum direbus)
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 ke 3/4 cawan gula (Ikut citarasa. Nak kurang manis, kurangkan sukatan gula ye...)
  • 1/2 cawan kelapa parut



  1. Rebus kacang hijau dengan beberapa cawan air hingga kacang empuk dan mengembang.
  2. Apabila air mula kering, perlahankan api dan kacau selalu supaya bahagian bawah tidak hangus.
  3. Masukkan gula, garam dan kacau lagi hingga semuanya sebati. Tunggu sehingga adunan inti kembali kering, kemudian matikan api. Sejukkan inti. 
  4. Setelah inti sejuk dan boleh dikepalkan, masukkan kelapa parut. Gaul hingga sebati. Kemudian bentukkan bulat-bulat.



Bahan-bahan untuk kulit/salutan luar:

  • 3 sudu besar tepung beras
  • 5 sudu besar tepung gandum
  • 1/4 sudu besar garam
  • 1/2 sudu besar margerin
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng



  1. Campurkan semua bahan-bahan di atas (kecuali minyak) dan gaul sebati dengan air sedikit demi sedikit hingga membentuk adunan yang boleh menyalut kuih yang telah dibentukkan tadi. (Jangan terlalu cair)
  2. Goreng sehingga kekuningan.
  3. Sedia untuk dimakan!

Isnin, 2 April 2012

Acar Lobak Putih & UTI

Resepi Acar Lobak Putih


  • Sebatang lobak putih (dihiris nipis-nipis)
  • 1 - 2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 3 sudu besar cuka Apple Cider (jika tak ada, guna cuka putih biasa pun boleh)
  • Beberapa biji cili api (jika suka pedas)

Caranya:
Satukan semua bahan-bahan di atas. Gaul sebati. Sedia untuk dihidang!

Aku buat acar ini untuk ibu. Ibu ada UTI (Urinary Tract Infection) sejenis jangkitan pada saluran kencing. So, ibu selalu amalkan makan lobak putih untuk bantu atasi masalah UTI nih. Kalau tak nak buat acar, buat air rebusan pun boleh. Lobak putih yang telah dibersihkan dan dihiris, dicampurkan dengan beberapa cawan air. Jerang hingga mendidih. Kemudian, minumlah airnya. 

Ada orang pernah cakap daun lobak putih pun boleh direbus sebagai penawar UTI. Tapi aku tak pernah cuba rebus lagi. Setakat ini, aku hanya buat acar atau rebus sahaja lobak putih tu. Alhamdulillah, nampaklah perkembangan positif pada penyakit ibu ni. Selamat Mencuba!

Ahad, 1 April 2012

11 Biji Tomato

Gardening dah jadi aktiviti santai aku sejak duduk di Kuang. Pokok yang mula-mula aku ada untuk launched hobby ala-ala green-fingers ni -- pokok cili api. [Sila baca entrinya di sini]. Malangnya, jodoh aku dengan pokok cili api aku tak panjang. Pokok ciliku mati diserang ulat daun huhuhu. Selain pokok cili, aku ada tanam beberapa pasu pokok tomato. Dah berbulan-bulan aku tanam. Makin tinggi naik pokoknya dan dah mula berbunga.

Sempat aku komplen pada Bott dan Ar perihal pokok tomato aku yang hanya tahu berbunga tapi buahnya masih belum nampak bayang :) Nak dijadikan cerita, elok je aku ngomel-ngomel pasal pokok tomato, esoknya pokok tu terus berbuah! Alhamdulillah, tuan pokok excited bukan kepalang! Walaupun masa tu, buahnya hanya sebiji, setiap isi rumah aku (termasuk kitten Angah, Yu-Ri) aku khabarkan dengan berita gumbira nih.

Hari ni aku bilang dah ada 11 biji kesemuanya. Super duper excited! Moga pokok tomato aku terus sihat dan biarlah sempat aku rasa buah-buahnya :) Ni gambar buah tomato yang aku sempat snap pagi tadi.

Hehehe...sesungguhnya dalam hati ada tomato!

p/s: Tiba-tiba teringat pulak pada kartun TomatoMan masa aku kecik-kecik dulu.


Tomato tomato tomato-mato!
Tomato tomato tomato-mato!
Tomato ke n ga n  Tomato ke n ga n 
Tomato-Ma-n!

Sabtu, 31 Mac 2012

Ibarat Cendawan Tumbuh Selepas Hujan

Pernah dengar tak perumpaan 'Ibarat Cendawan Tumbuh Selepas Hujan'? Well, hari ni bukanlah nak belajar pasal peribahasa tu hehehe just nak share gambar ni.


Inilah gambar cendawan yang tumbuh melata kat belakang rumah ibu baru-baru ni. Banyakkkkk tau! Tapi tak ada rezeki nak makan/buat lauk. By the time aku realized cendawan-cendawan ni tumbuh, cendawan ni dah rosak dan berulat.

Sebut pasal cendawan, teringat pula obsesi aku pada kulat ni. Masa di kampus dulu, penuh nota-nota aku dengan sketch cendawan especially time mengantuk! Heheheh yang parahnya lagi banyak cendawan daripada nota! 

Aduhaiiii, orang sibuk belajar, aku sibuk lukis kulat! Salah mazhab betulla...Anyway, kat bawah ni lah contoh cendawan 'kejung' yang aku selalu lukis. Langsung tidak sama dengan cendawan kat atas! Cendawan aku ada pengaruh smurfs sikit hehehe

Sepasang kaki yang enter-frame tu milik Yu-Ri, kitten adik aku :)



Dinasour dengan Mesej Cintakan Alam Sekitar

Sebenarnya hari tu, aku pergi shopping barang rumah,..then 'terserempak' pula dengan dinasour commel nih. Tengoklah dekat tummy dia, ada mesej 'Save The Earth' lagi. Soooooo COMELLLLLLL!



Tapi kan yang peliknya bahagian kedua mesej tu '...OR I'LL BE BACK?!'
Confuse sikit, macam mana pulak kalau kita tak selamatkan bumi, dinasour akan kembali?
Any idea?

Doa Memohon Ditambahkan Ilmu Dalam Diri



Doa Memohon Ditambahkan Ilmu Dalam Diri

اللَّــهُمَّ انْـفَعْنِي بِمَا عَلَّمْـتَنِي

 

 وَ عَلِّمْنِي مَا يَنْـفَـعُـنِي 


وَزِدْنِي عِلْماً 


 الْحَمْدُ للَّـهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ


وَأَعُوذُ بِاللَّـهِ مِنْ حَالِ أَهْلِ النَّارِ



Terjemahan:

"Ya Allah berikanlah kepadaku manfaat atas segala yang Engkau ajarkan, dan ajarkanlah kepadaku apa yang memberi manfaat dan tambahkanlah ilmuku. Syukur kepada-Mu atas segalaperkara, aku memohon perlindungan dari-Mu dari keadaan ahli neraka."

Isnin, 13 Februari 2012

Andai kita rasa hidup kita susah,...fikir sekali lagi!

Hari ini aku layan 'monday blues' (walaupun aku tak layak nak rasa blues langsung sebab bukannya kena pergi kerja pun!) sambil tengok Bott kemas rumah. Tiba-tiba Bott panggil aku.

"Cepat, Far! Orang yang biasa tu datang!"

Aku pun bergegas ke 'sliding door' depan rumah. Mujurlah kaca 'sliding door' tu jenis 'tinted ' - nampak dari dalam tak nampak dari luar'. Berjedalah kami berdua di depan 'sliding door' tu sambil memerhatikan tingkah laku 'orang biasa' di luar rumah.

Kalian mesti nak tahu kan...siapa 'orang biasa' yang Bott maksudkan. Apa pula yang dia buat di luar rumah kitorang? Kenapa pula tingkah lakunya menarik perhatian kami?



Inilah 'orang biasa' yang kami maksudkan. Aku tidak kenal dengan mereka tetapi aku dan keluarga kerap nampak lelaki ini (kadangkala bersama dengan isterinya) dan anak-anak datang memunggah sampah di luar rumah dan mengambil barang-barang yang boleh mereka ambil (mungkin untuk kitar semula, dijual atau digunakan semula).

Pada mulanya, aku rasa ingin marah kerana bimbang mereka akan sepahkan sampah-sampah tu. Tetapi setelah beberapa ketika aku memerhati, marahku bertukar jadi kasihan. Kebiasaannya mereka akan rasa-rasa dulu bahagian luar plastik sampah. Bila mereka andaikan ada barang yang boleh diambil, barulah plastik sampah dibuka dan 'isi-isinya' diteroka. Setelah mengambil dan mengasingkan sampah-sampah tertentu, mereka akan ikat semula plastik sampah tu kemas-kemas.

Hari ini, si ayah datang setelah mengambil dua orang anaknya dari sekolah. Bayangkan dengan pakaian seragam sekolah, di bawah terik matahari kedua-dua anaknya turut sama menyelongkar plastik sampah besar di hadapan rumah kami! Ada beberapa perkara yang menyentuh hati aku:

  • Si adik terjumpa pen-pen lama yang aku buang semasa kemas bilik arwah nenek. Segera pen-pen itu dicoret ke tangan - ingin pastikan masih ada dakwat atau tidak. Apabila ada yang memuaskan hatinya, pen-pen itu dimasukkan ke dalam beg sekolahnya.
  • Si abang pula tidak selfish. Ayah jumpa beberapa sapu tangan lama dan berikan kepada abang. Abang dengan baik hati membahagi-bahagikan sapu tangan antara mereka dua beradik.
  • Ketika sedang sibuk menyelongkar sampah, lalulah sebuah van yang membawa murid-murid. Dalam van tu ada murid yang mengenali mereka dan sibuk melambai pada mereka berdua. Ada juga 'anak-anak tak cukup ajar' yang 'boo' budak-budak ni, mengejek dengan nama-nama sampah dan macam-macam lagi. Apa reaksi adik-beradik ni? Mereka lambai balik pada kawan-kawan dan kemudian sambung balik mengasingkan sampah-sampah. Ya Allah, kalau aku dah 'terkundat' dan muncung bibir dah kena ejek! Silap-silap aku jalan setapak...setapak...tahu-tahu dah sampai dekat bus-stop sebelah rumah pulak! Mungkin anak-anak ini sudah lali diperlakukan sedemikian.


Aku pernah dengar orang kata 'one man's trash is another man's treasure'...tapi tidaklah dalam erti kata begini :(  Entri ni aku tulis bukan untuk merendahkan atau memalukan sesiapa. Ini pengajaran untuk kita semua. Andai kita rasa hidup kita susah,...fikir sekali lagi! Ada ramai lagi orang yang susah daripada kita.

Sabtu, 11 Februari 2012

Donut Mini Bercoklat


Sekadar siaran untuk jamu mata. Donut kecil-kecil tapi gebu ni aku buat untuk ibu minggu lepas. Ibu mahu sedekah dan beri jemaah masjid makan. Asalnya nak buat donut biasa bersaiz mini,...senang nak masuk mulut heheh. Lagipun comel-comel, berselera sikit orang makan. Last minute baru decide nak buat donut coklat. Kebetulan coklat masakan dan coklat urai ada dalam stok. Apalagi,...berlakulah 'donut upgrade'. Aku sengih sorang-sorang bila dah siap buat. Super comellll!

Terukir di Bintang - Yuna

This piece from Yuna is an 'ear-catcher'. Walaupun pada mulanya aku hanya dengar sebahagian sahaja (untuk promo iklan pakej Astro), aku terus rasa tertarik untuk dengar dan dengar lagi. 'Terukir di Bintang' ni juga merupakan judul album Yuna yang terbaru.


Lirik Lagu Terukir Di Bintang – Yuna

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu
Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu.

DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.

Lempeng Jagung aka Creamy Corn Pancakes

Dah lama sebenarnya teringin nak makan lempeng jagung ni. Aku memang suka sangat apa-apa hidangan yang ada jagung. Suka pada rasanya yang lemak manis. Tetapi untuk resepi kali ni, aku guna krim jagung dalam tin saja.

Resepi Lempeng Jagung @ Creamy Corn Pancakes

Bahan-bahannya:
  • 250 gm tepung naik sendiri
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1/4 sudu garam
  • 50 gm gula kastor
  • 2 butir telur gred A
  • 250 ml susu
  • 3/4 cawan krim jagung (jika gunakan jagung biasa, tambahkan sedikit sukatan gula)
  • sedikit minyak zaitun/minyak jagung/minyak canola (untuk menggoreng lempeng)

Cara-caranya:
  1. Satukan tepung naik sendiri, baking powder dan garam di dalam mangkuk.
  2. Kemudian, masukkan gula, telur dan susu ke dalam adunan tepung dan bancuh hingga semuanya sebati.
  3. Masukkan krim jagung dan kacau sedikit.
  4. Rehatkan adunan seketika dalam 20 - 30 minit.
  5. Panaskan kuali leper, letakkan sedikit minyak dan tuangkan satu senduk kecil ke dalam kuali.
  6. Balikkan lempeng dan goreng sehingga warnanya sedikit keperangan.
  7. Hidangkan dengan madu dan mentega, jem buah-buahan atau sirap untuk pancake.

My share :) Aku suka makan begitu sahaja dengan secangkir kopi O panas.

Rabu, 1 Februari 2012

All you can do is...

Sometimes all you can do is not think, not wonder, not imagine, not obsess. Just breathe and have a faith that everything will work out for the best.

Betul kan?

Selasa, 31 Januari 2012

Jane By Design [2012]

It's a new tv show. Something light but it reminds me of 'When The Devil Wears Prada' :)

Image from: daemonstv.com
Mengisahkan Jane, a high-school student yang tinggal bersama abangnya setelah parents mereka passed away. Disebabkan abang Jane ada masalah mencari pekerjaan yang tetap, Jane applied for an internship at Donovan Decker (untuk atasi masalah kewangan mereka). Due to some mixed up, Jane was mistakenly hired as a personal assistant for Gray, seorang pereka fesyen terkenal di Donovan Decker.

So, Jane terpaksa lead a double life (1) as a high-school student and (2) as a twenty-something personal assistant to Gray. Show terbitan ABC Family ni akan berkisar tentang life Jane yang terpaksa juggle antara high school life and high fashion world + all the challenges sambil dibantu oleh best buddynya, Billy.

Bagi aku, so far cerita ni OK. Baru aired sampai episod ke-4. Worth it juga untuk ditonton time boring-boring :) Berminat nak tahu lebih lanjut? Pergi ke Official Jane By Design Site.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...