Rabu, Oktober 20, 2010

Resepi Makaroni Bakar Berempah

Hari ini aku ingin kongsikan resepi Makaroni Bakar. Resepi ni sebenarnya aku buat pada awal bulan Oktober lagi, baru sekarang ada masa untuk terbitkan entri di blog.

Basically, nak buat makaroni bakar ni banyak cara dan terpulang pada citarasa kita. Dulu, masa mula-mula orang sibuk buat makaroni bakar, bahan-bahannya diolah ikut selera orang kita. Guna rempah kari  (supaya rasanya ala-ala spicy) dan makaroni tu dimakan dengan sos cili atau sos tomato. Sekarang ni kebanyakan makaroni bakar dibuat ala-ala masakan itali - guna mixed herbs, cheese dan tomato puree.

Oleh sebab aku suka dua-dua version, aku gabungkan jadi satu resepi baru.


Resepi Makaroni Bakar Berempah

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Satu pek makaroni (400-500gram). Kalau rasa banyak sangat, guna separuh sahaja. Rebus dahulu dan ketepikan
  • Bawang besar dan beberapa ulas bawang putih
  • Minced meat/chicken
  • 5 sudu besar rempah kari (2 1/2 sudu besar untuk separuh adunan :))
  • 1 tin kecil tomato puree
  • 1 tin cendawan butang (aku selalu beli yang dalam tin dan dah siap dihiris)
  • 1 tin susu cair
  • 5 biji telur
  • Keju parut/ Keju keping 
  • Garam
  • Kalau nak lagi berwarna-warni hidangan ini nanti, bolehlah tambah sedikit lobak merah atau mixed vegetables.

Cara-caranya:

  1. Tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dihiris nipis hingga naik bau.
  2. Masukkan serbuk kari dan tumis hingga rempah masak. Kalau takut rempah hangus masukkan sedikit air. Kemudian masukkan daging/ayam cincang dan goreng seketika.
  3. Masukkan tomato puri dan tambah air jika perlu. Biarkan atas dapur seketika sehingga daging betul-betul masak.
  4. Masukkan cendawan butang dan lobak/mixed vege.
  5. Perisakan dengan garam.
  6. Tapis makaroni yang direbus tadi dan gaulkan hingga rata. Bagi penggemar keju, bolehlah masukkan sedikit keju parut dan kacau lagi hingga rata. Kemudian, masukkan ke dalam loyang atau casserole.
  7. Mampat-mampat dan ratakan. Pukul telur dengan susu cair - tuangkan ke atas makaroni tadi secukupnya.
  8. Taburkan permukaan atas makaroni (hingga penuh/tertutup) dengan keju parut atau kepingan keju. Untuk kelainan, bolehlah taburkan sedikit parsley atau daun bawang :)
  9. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 30 - 35minit. 

Inilah hasilnya! Maaf kualiti gambar tidak semenggah. Bahagian atas tu aku hanya letak keju parut. Tidak letak apa-apa daun.


Makaroni bakar berempah.

Selamat mencuba! 

3 ulasan:

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.