728 x 90

Ahad, 14 November 2010

Kerjasama seperti Wonderpets

Sepanjang minggu ni boleh dikatakan aku buat kerja dari rumah. So, sambil-sambil aku menyudahkan kerja, aku tengoklah TV. Malas nak tukar-tukar channel, aku layan je TV3. Bukan nak tengok sangat pun, just nak biar ada bunyi bising buat teman :)

Tepat pukul 3 akan ada slot cerita dongeng@teladan Indonesia. Dahlah tajuk ceritanya panjang-panjang,..yang peliknya banyakla pulak cerita-cerita dongengnya. Seingat akulah, jarang aku 'tertengok' (atau sebab aku dah busannnn, aku tengok heheh) cerita tu berulang. Cerita Tangkuban Perahu ada, orang kena sumpah jadi ikan la, cerita ala-ala Hansel & Gretel pun ada. Punyalah banyak cerita-cerita dongeng dari seberang!

Kenapa kita tak boleh ada koleksi cerita teladan@dongeng sebanyak itu? Bukannya apa. Aku pernah berbual dengan seorang anak dan kebetulan aku bergurau, "Yelah, kamu kan kuat macam Badang!" "Badang? Badang tu apa?" Terpempan aku lima enam minit. Tak tahu Badang tu apa? Aku tanya pula pada teman-teman yang lebih kurang seusia dengannya. Masing-masing geleng kepala. Bila fikir-fikir balik, logiklah diorang tak tahu. Zaman sekarang mana lagi ada tayang cerita-cerita teladan@dongeng untuk kanak-kanak. Dulu masa aku kecil-kecil, ada banyak animasi cerita teladan kat TV. Arnab dan Kura-kura, Katak Sombong dan macam-macam cerita Sang Kancil. Kalau sebut pasal Sang Kancil je, automatik kita tahu Sang Kancil tu bijak berhelah! Sekarang mana ada lagi. Budak-budak sekarang tengok Wonderpets, Spongebob dan Dora the Explorer, (tak pun sepupunya yang bernama Diego). Yang dah besar sikit tengok Kamen Rider. Macammana diorang nak kenal Badang...

Aku rasa perlu ada pihak yang ambil inisiatif hidupkan kembali cerita-cerita teladan ni. Jangan nanti sampai satu hari,  perumpamaan 'kuat seperti Badang', 'cerdik seperti kancil' dan 'lambat seperti kura-kura' jadi tidak relevan pula. 

Anak-anak hari ini, tidak tahu apa itu 'kuat seperti Badang', I guess mereka hanya tahu 'kerjasama seperti Wonderpets' hehehe

Sabtu, 23 Oktober 2010

Asmara - Slot Lestari TV3

Aku jarang tonton slot Lestari di TV3 sebab aku ada kelas sebelah malam. Tapi, bila tengok iklan drama ni kat TV aku jadi berkenan pula nak tengok! Heheheh semuanya kerana aku memang suka lagu 'Menyesal' (6ixth Sense) yang jadi theme song drama ni. Kat bawah ni aku copy + paste sinopsis drama ni.

Sinopsis ASMARA di Slot Lestary TV3 
Asmara mengisahkan Zaliya (Faezah Elai) yang terlanjur dengan teman lelakinya, Raziq (Nazim Othman) sehingga mengandungkan anak luar nikah. Bagi menutup malu, ayah Zaliya, Sahlan meminta Malik membenarkan anaknya, Asmara (Shaz Jazle) mengahwini Zaliya kerana Malik pernah berjanji untuk membalas hutang nyawanya. 
Malik yang tidak mengetahui tentang kehamilan Zaliya telah meminta Asmara menunaikan janjinya kepada bapa Zaliya. Walaupun keberatan dan mengenali perangai buruk Zaliya yang sekolej dengannya, Asmara terpaksa setuju dan melupakan perasaan hatinya dengan rakan baiknya Melati (Faralyna).

Pada malam pertama perkahwinan, Zaliya telah membongkar rahsianya malah dia juga memberitahu Asmara bahawa mereka hanya perlu berlakon dan akan meneruskan kehidupan masing-masing seperti biasa.
 Asmara yang mengetahui cerita sebenar Zaliya merasa tertipu dan marah kerana dijadikan Pak Sanggup oleh bapanya sendiri dek kerana terhutang nyawa. Zaliya pula tidak puas hati kerana dijodohkan dengan Asmara, sering mencari salah Asmara dan meminta diceraikan.

Asmara akur dengan permintaan Zaliya dan akan menceraikannya selepas dia melahirkan anak. Zaliya terpaksa menangguhkan pembelajarannya di kolej kerana kandungannya semakin membesar. Sahlan bimbang jika rakan-rakan perniagaan akan mengetahui tentang Zaliya telah mengurung Zaliya di rumah. Walaupun tidak mencintai Zaliya, Asmara telah bertindak untuk melindunginya dan berpindah keluar daripada rumah Sahlan. Asmara telah memikul tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan berusaha untuk menjaga keperluan harian Zaliya yang sedang sarat mengandung. Zaliya mula berbaik-baik dengan Asmara dan jarang sekali bergaduh dengannya kerana Zaliya banyak bergantung kepada Asmara. 
Raziq pula berasa tidak puas hati kerana Zaliya tidak mengugurkan anaknya dan telah merancang sesuatu. Adakah bunga-bunga cinta akan mekar di hati Asmara dan Zaliya? Bagaimana pula dengan nasib Melati?

Berminat? Jom tonton sama-sama. Selalunya aku akan layan catch up TV di tonton.com.my. Oklah. Setakat episod 7 yang aku tengok, cerita ni best. Cuma kadang-kadang ada scenes yang slow sikit dan melambatkan jalan ceritanya. Yelah, jenuh jugak nak tahu apa jadi sebab cerita ni seminggu sekali je.


Mengapa korang kena tengok cerita ni?
  • Terbitan Suhan Movies
  • Skrip oleh Syarifah Abu Salem
  • Barisan pelakon yang boleh & pandai berlakon :) Faezah Elai, Shaz Jazle, Dian P. Ramlee, Fauziah Nawi, Fiza Elite
p/s: kalau tak ada yang berkenaan, maknanya drama ni tak sesuai untuk tontonan korang :)

Rabu, 20 Oktober 2010

Makaroni Bakar Berempah

Hari ini aku nak kongsikan resepi Makaroni Bakar. Resepi ni sebenarnya aku buat awal bulan Oktober lagi, baru sekarang ada masa nak publish ke blog.

Basically, nak buat makaroni bakar ni banyak cara dan terpulang pada citarasa kita. Dulu, masa mula-mula orang sibuk buat makaroni bakar, bahan-bahannya diolah ikut selera orang kita. Guna rempah kari  (supaya rasanya ala-ala spicy) dan makaroni tu dimakan dengan sos cili atau sos tomato. Sekarang ni kebanyakan makaroni bakar dibuat ala-ala masakan itali - guna mixed herbs, cheese dan tomato puree.

Oleh sebab aku suka dua-dua version, aku gabungkan jadi satu resepi baru.




Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Satu pek makaroni (400-500gram). Kalau rasa banyak sangat, guna separuh sahaja. Rebus dahulu dan ketepikan
  • Bawang besar dan beberapa ulas bawang putih
  • Minced meat/chicken
  • 5 sudu besar rempah kari (2 1/2 sudu besar untuk separuh adunan :))
  • 1 tin kecil tomato puree
  • 1 tin cendawan butang (aku selalu beli yang dalam tin dan dah siap dihiris)
  • 1 tin susu cair
  • 5 biji telur
  • Keju parut/ Keju keping 
  • Garam
  • Kalau nak lagi colourful hidangan ni nanti, bolehlah tambah sedikit lobak merah atau mixed vegetables.


Cara-caranya:
  1. Tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dihiris nipis hingga naik bau.
  2. Masukkan serbuk kari dan tumis hingga rempah masak. Kalau takut rempah hangus masukkan sedikit air. Kemudian masukkan daging/ayam cincang dan goreng seketika.
  3. Masukkan tomato puri dan tambah air jika perlu. Biarkan atas dapur seketika sehingga daging betul-betul masak.
  4. Masukkan cendawan butang dan lobak/mixed vege.
  5. Perisakan dengan garam.
  6. Tapis makaroni yang direbus tadi dan gaulkan hingga rata. Bagi penggemar keju, bolehlah masukkan sedikit keju parut dan kacau lagi hingga rata. Kemudian, masukkan ke dalam loyang atau casserole.
  7. Mampat-mampat dan ratakan. Pukul telur dengan susu cair - tuangkan ke atas makaroni tadi secukupnya.
  8. Taburkan permukaan atas makaroni (hingga penuh/tertutup) dengan keju parut atau kepingan keju. Untuk kelainan, bolehlah taburkan sedikit parsley atau daun bawang :)
  9. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 30 - 35minit. 

Inilah hasilnya!! Tapi kat atas tu aku hanya letak keju parut. Tak letak apa-apa daun.
Selamat Mencuba! 

Ahad, 8 Ogos 2010

Makarun Kelapa (Coconut Macaroons)

Hari ini aku lepak sorang-sorang kat rumah. Layan FB, download e-books + magazines, tengok TV. Bila dah boring dengan semua tu aku legar-legar dekat dapur. Ada putih telur (baki buat cookies), ada kelapa kering,...so aku decide nak cuba buat coconut macaroons. Rasanya ada 1 resepi yang aku baru dapat and tak cuba lagi. Senang je. Nanti aku sertakan resepinya di sini. Buat masa ni malas nak menaip.

Inilah hasilnya!

Rasa kira okaylah. Aku bakar lama sikit sebab suka rangup. Kalau tak nak rangup dan nak texturenya chewy, jangan bakar lama sangat. However, sesiapa yang tak suka kelapa, this is not your treat :D

Update (16/8):
Okay, ini resepi coconut macaroons yang dijanjikan.

  • 200gm gula pasir
  • 175 gm kelapa parut kering
  • 25 gm tepung gandum
  • 4 biji putih telur
Cara-cara:
  1. Pukul putih telur dan gula (masukkan gula sedikit demi sedikit) hingga kembang dan berkrim.
  2. Masukkan tepung dan kelapa kering. Gaul hingga adunan sebati.
  3. Bentukkan adunan dan susun atas dulang pembakar.
  4. Bakar dalam ketuhar 170 - 180'C selama 15-18 minit. 

Sabtu, 7 Ogos 2010

Who Moved My Cheese? Mungkin ini yang kalian perlukan.

[Dedikasi buat beberapa orang sahabatku yang dilanda masalah]

Dua tiga minggu kebelakangan ini jadual aku agak hectic. Banyak urusan yang perlu aku selesaikan sebelum Ramadhan bermula. Alhamdulillah, mujur Allah mengizinkan tahap kesihatan yang sempurna untuk aku bergegas ke sana ke mari.

Dalam kesibukan memenuhi tuntutan tugas, sekali sekala aku 'dijengah' panggilan beberapa orang sahabat. Ada yang sempat aku layan, ada juga yang terpaksa aku 'abaikan'. Sorry, friends. Kadangkala waktunya benar-benar tidak kena! Aku maklumkan kesibukanku dengan janji akan menelefon semula bila ada kelapangan. Rupa-rupanya, ada antara sahabat-sahabatku yang dalam kesulitan memerlukan bantuan. Apabila aku 'tak layan' call mereka, aku dianggap tidak sudi mendengar luahan hati mereka.

At one point aku hanya boleh senyum.

Kawan 1
Aku menjadi pendengar setia masalah hubungan kasihnya dengan seorang lelaki sejak setahun yang lepas. Berhubungan dengan lelaki bujang pun ada masalah, apatah lagi jika si lelaki sudah berkeluarga. Sejak awal aku diberitahu status hubungan mereka, aku ambil sikap berkecuali. Pada dasarnya, aku memang tak bersetuju. I hate making sweepish statement but basically relationship sebegini lebih banyak buruk daripada baiknya. Tapi siapalah aku nak cakap tentang hal hati dan perasaan orang lain. Sebagai kawan aku nasihatkan, kalau kau dah bersedia nak teruskan hubungan ni, you have to accept all the risks. The relationship comes with a huge package. Tak kisahlah apa cerita di sebalik sebuah rumahtangga, kau kena bersedia ada title 'perampas' dekat dahi. It might sounded quite harsh, but I really want her to know what she had signed for. Awal-awal lagi aku jelaskan pendirian aku yang tidak menyokong sebarang perkembangan relationship itu, aku hanya ada sebagai sahabat.

Tanpa aku sedari, aku jadi pendengar setia perkembangan hubungan mereka. Oleh sebab kawan aku ni memang sahih 'orang ketiga', you don't expect good things will happen, right? Antara aku mahu atau tidak, aku perlu dengar raungan, tangisan dan jeritannya yang kesedihan. Yelah, the least that we can do bila kawan-kawan ada masalah is to be a good listener. Dear, it's been a year and a half, hubungan kau masih di takuk lama. Don't you think you should move on?


Kawan 2
"Ooh, call client kau layan. Call aku kau tak layan. Yelah, aku ni kan tiada kepentingan!"

Remarks sinis tu, aku terima dengan senyuman. Sahabat aku yang seorang ini bekerja dalam pejabat, makan gaji. Buat kerja atau tidak,.. cukup time ada amaun tetap yang masuk. Berbeza dengan aku yang self-employed. Aku kena kerja untuk pastikan aku ada income :) bak kata nenek, 'tak kerja tak makan' hehehe. So, bila kau ada ruang masa untuk goyang kaki dan chit chat, mungkin masa itu aku kena bekerja. Kata-katanya aku tak ambil hati, aku sudah kenal dia lama untuk tahu hati budinya.

Kawan aku yang seorang ini lain pula masalahnya. Mungkin tidak sesuai aku ceritakan di sini tapi pada tanggapan aku masalah-masalah yang dihadapinya berpunca daripada sikapnya sendiri. Apa yang aku paling tidak gemar, sahabatku yang seorang ini tidak mahu ambil iktibar atas perkara-perkara lepas yang menimpa dirinya. Dia lebih suka salahkan takdir. Salahkan keadaan sekeliling. Setiap kali berdepan dengan masalah, akar umbinya tetap sama dan setiap kali itulah aku kena jadi pendengar setia untuk setiap masalahnya. Banyak kali juga aku hint dia untuk belajar berubah dan admit kesalahan diri. Tapi maybe dia belum cukup bersedia untuk berubah atau tak mahu berubah langsung...


Kawan 3
Ini antara kawan yang betul-betul buat aku geram sekarang ni. Dia sentiasa luahkan pada aku yang dia ada masalah kewangan. OK, fine! Duit takkan datang free free saja pada kita. So, since aku tengok dia suka berniaga, aku suggestla dia berniaga kecil-kecilan. Tak ada modal, tak ada produk tapi ramai kenalan. Yang terbaik+sesuai untuk dia buat masa ni ialah dia jualkan produk orang lain dan ambil komisyen. Masalah dia ni, besar kepala! Nak untung cepat! Ada beberapa projek aku recommmend kat dia tak jalan. Aku pelik juga. Produk tu bagus, dapat permintaan tapi kenapa dia tak boleh jual? Rupa-rupanya, dia refused nak bersusah payah sebab dapat komisyen RM3 je!

Okay, mungkin aku ni tak pandai nombor. Kalau 1 item, kau boleh dapat RM3, 10 item bukan ke RM3o? 100 dah RM300. Memanglah nampak amaunnya tak setinggi mana tapi what do you expect? Kau cuma ada modal air liur je! Aku diamkan jelah. Lain orang lain tafsiran tentang wang. Kebetulan awal bulan 7 hari tu dia telefon aku lagi. Seperti biasa, isu wang jadi sebutan. Aku sekali lagi bersimpati. Aku beri free sample cookies (1 beg plastik) untuk hari raya (agen + dealer kena bayar!) dan suruh dia dapatkan sale. Aku siap pesan lagi aku akan bagi harga terbaik dealer untuk dia walaupun pada hakikatnya dia bukan dealer. Dealer selalunya beli dulu dan modalkan duit mereka,...sekali lagi dia hanya modalkan air liur.

Tup-tup, minta sample lagi! Katanya sample tu family dia dah makan sampai habis. Kena mintak sample baru sebab nak promo pada kawan-kawan. Buat aku bertambah panas bila dia tanya boleh ke dapat komisyen RM7-10 satu balang? Aku pun explain dekat dia, aku tolak harga dealer. So, pandai-pandailah kau tetapkan harga kau sendiri. Kalau harganya terlalu tinggi, siapa nak beli. Tapi kalau harganya berpatutan, barulah banyak order. Aku siap jelaskan pada dia, dealer lain kena beli sekurang-kurangnya 50 balang untuk dapat harga yang aku beri. Dia tak perlu modal, cuma perlu dapatkan sale saja. "Habis kalau letak harga murah, macam mana saya nak untung?"Aku tarik nafas panjang-panjang dan tanya balik pada diri aku? Wajar ke aku tolong dia?

Mengenangkan ketiga-tiga kawan aku kat atas ni, aku teringat sebuah buku yang Angah pernah pinjamkan pada aku masa aku tengah boring tahap Michelin - Who Moved My Cheese?


Buku motivasi ni memang popular. Bagi yang belum baca, cubalah. Mungkin dapat ubah perspektif kita dan cara penerimaan kita terhadap any changes in life. Sometimes kita alpa dan melatah bila diduga. Moral penting yang cuba disampaikan ialah when something bad happens to us, we need to find way to redress the situation/overcome the problem. Do not expect others to settle it for you or worse - expecting the problem to be settled by itself heheheh

Buat tiga sahabatku yang marah aku tak layan call korang, this book might give you something to think about. Pegang 1 perkara - Allah takkan duga kita kalau kita tak mampu dan Allah takkan ubah nasib hamba-Nya, jika kita tak berusaha ke arah itu. I'm not perfect either and I've got my own problems. So,..

Kawan 1 - Sometimes kita kena fikir, betulkah kita yang teraniaya, bukan kita yang menganiaya...

Kawan 2 - You have to learn to struggle. Kalau tidak sampai bila life kau tak stabil. Jangan harap semua benda akan datang pada kita begitu sahaja.

Kawan 3 - Find a rich husband, dear! That's the quickest and easiest solution to your problem :)


You all are great as friends,...you shoud be great to yourselves too.

Sabtu, 13 Februari 2010

Aku dan Beg Guna Semula

Semalam aku pergi shopping dekat Tesco Mutiara Damansara. Barang dapur+keperluan harian banyak nak kena beli. Last week dapat kupon diskaun Clubcard RM15. Bolehla guna! :D Seperti biasa time sampai kat kaunter pembayaran, mata aku mesti tertarik kat beg-beg guna semula Tesco. Aku dah ada satu sebelum ni [Entri Aku & Beg Tesco]. Masih tahan sampai sekarang sebab beg tu diperbuat daripada tali jut...alah senang cakap dari guni ;) macam - macam benda dah aku angkut guna beg tu.

Memandangkan beg tu dah mula lusuh, (alasan untuk cari beg baru sebenarnya hehehe) aku pilih satu lagi design beg kumbang yang aku dah berkenan sejak dulu, cuma selama ini menahan diri untuk tidak beli - 'membeli ikut keperluanlah' kononnya. Sebelum ni, aku dah beli beg Tesco yang Rizalman designed but then aku bagi souvenier kat kawan sebagai langkah pertama nak encourage dia minimakan penggunaan plastik.

So, tadaaaaaaa!!! Inilah beg guna semula aku yang baru!

Comelkan? Aku suka sangat dekat kumbang-kumbang yang merayap tuh.

Kat bawah ni pula beg guna semula lain yang ada dalam 'koleksi' aku sekarang :)


Well, this is the least that I can do to protect the environment. Walaupun ada sesetengah pihak yang akan claim kata usaha-usaha kecil sebegini tidak akan membawa apa-apa perubahan,..aku tetap positif. Kalau 1 hari 10 orang mula kurangkan penggunaan plastik,...lama-lama berjaya juga kan kita kurangkan sampah. In other words, selamatkan alam sekitar (walaupun bunyinya terlalu hampir dengan elemen superhero). Tak tahanlah, sekarang ni cuaca panas sangat!!!!

Rabu, 10 Februari 2010

Pergi Jauh Dariku!!

Semalam bangun tidur dah rasa lain macam. Tekak rasa kering dan berpasir. Bengkak pun ada. Hidung pulak dah mula block. Aiseyyyy,...nak kena flu ke aku nih?! Aku cukup alah dengan virus yang satu ni. Kalau kena selesema rasa macam nak lumpuh operasi satu badan! Sakit kepala lah...peninglah,...bayanglah,...Orang lain kalau selesema boleh buat macam-macam, aku OUT terus! Janganlah ajak aku berfikir kalau dalam situasi 'running nose' ni. Memang takkan jadi apa-apa :(

Mujurlah housemate aku dengan murah hatinya buatkan aku teh panas. Siap letak mint lagi. Rasa lega sikit. Terima kasih, beb. I owe u a lottttt! Kebetulan tiada tuntutan kerja, so aku rehatlah sepanjang hari. By petang dah rasa okay sikit dah.

Nak dijadikan cerita, malam tadi aku balik kena hujan pulak. So, memang rezeki nak sakit,...aku mulakan pagi dengan Aaaaacccccchoooooo! Heheh pening-pening mula sampai, temperature mula naik. Terus aku selongkar kotak ubat aku. Dua bulan lepas ibu ada beri aku ubat selesema - Rhinocort Aqua. Bukan pil, but nasal spray. Hari ni ada a few things nak kena uruskan. So, makan ubat yang boleh ajak aku tidur adalah sesuatu yang sangat-sangat perlu dielakkan. Aku pun pakailah ubat tu. Syoooohhhhh! Pegi jauh-jauh flu! Jangan singgah kat badan aku lama-lama!


Alhamdulillah, dengan izin Allah, masa aku tulis entri ni, aku dah okay 90 % :) Syukur banyak-banyak! Kiranya aku serasilah dengan nasal spray nih. So, kalau korang nak ubat flu yang tak mengantuk, (especially yang tak tahan makan pil tu) boleh cuba Rhinocort ni. Harga sila rujuk pada farmasi atau klinik berdekatan eh. Aku nya sponsored by Cekebon.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...