Khamis, 31 Disember 2009

Selamat Datang 2010!


2009 memang berlalu dengan sekelip mata. Alhamdulillah, walaupun tahun 2009 ni penuh dengan ups and downs (lebih banyak 'downs' pulak tu), aku berjaya lalui setiap satu permasalahan dengan sokongan ahli keluarga dan teman rapat. Thanks Ibu, Nenek, Angah & Dah! I really appreciate all the SUPPORTS! I love you all! Lebih indah lagi apabila penghujung 2009 mencatat entri-entri menarik yang penuh kegembiraan dan rezeki yang tak terduga.

Azam? Resolusi? heheh ada beberapa perkara yang aku kena carry forward ke 2010. Fokus utama nak stabilkan business aku yang baru umur setahun jagung tu. Kira baru belajar nak bertatih :) Harap-harap tahap kesihatan aku baik tahun ini supaya aku dapat uruskan aktiviti harian + kerja dengan baik. Insya Allah. Selebihnya, tak perlulah aku kongsikan di sini. Yang penting, aku harapkan segala yang terbaik untuk 2010.

Semoga 2010 menjadi tahun yang lebih tenang, lebih bermakna dan lebih ceria buat kalian juga!

p/s: Gambar kat atas tu gambar Tabby selepas kenyang dapat new year treat :) saja aku tambah extra bling-bling hehehe

Selasa, 29 Disember 2009

Salad Cili Hijau Tumis Mudah

Semalam Chucky excited cerita dekat aku yang pokok cili hijau rumah jiran sebelah dah membuahkan hasil. Mewah jugak! Aku punyalah seronok pergi tengok cili 'life' dekat pokok. Aku suka kalau tengok rumah yang ada tanam daun kari, serai, lengkuas, cili dan macam-macamlah. Senang bila nak masak! Lagi seronok kalau ada tanam herba sedikit sebanyak!

Aku selalu main tunjuk dan beli dekat pasaraya je. Nama nak tanam sendiri, manalah area rumah aku tu ada tanah. Lagipun, belum tentu lagi aku ni 'green fingers'. Secara automatik, minat nak tanam-tanam ni luput begitu sahaja. Borak-borak masa makan dengan nenek, nenek beritahu yang pokok cili hijau tu pokok nenek. Yelah, duduk kat kampung ni mana pakai pagar-pagar. Bila pokok tu dah dekat sempadan antara rumah nenek dengan jiran sebelah, kitorang buat 'jangkaan selamat' yang pokok tu bukan nenek punya.

Dah tahu pokok tu nenek punya, apa lagi! Tak payah tunggu lama, aku dan Chucky pergi petik cili-cili yang dah masak. Aku memang suka cili hijau. Selalu kalau buat ayam goreng kunyit atau ikan goreng, aku akan potong cili hijau dan tumis dengan bawang yang dah dipotong bulat-bulat. Hidangkan sekali dengan ayam goreng kunyit. Buat lauk masak taucu atau masukkan hirisannya dalam sandwich pun sedap!


Kat bawah ni ada 1 resepi simple yang aku biasa buat.

Salad Cili Hijau Tumis Mudah

  • Cili Hijau secukupnya (10-12 batang)
  • Lobak merah (dipotong halus-halus memanjang)
  • 2 sudu minyak zaitun atau kalau nak ubah citarasa boleh letak minyak bijan
  • Garam
  • Lada hitam
  • 3/4 ulas bawang putih
Cara-caranya:
  1. Mula-mula cili hijau tu dipotong serong. Keluarkan biji cili.
  2. Kemudian, panaskan minyak, tumis bawang putih yang dicincang halus.
  3. Masukkan cili hijau tadi dan tumis seketika sebelum masukkan lobak merah.
  4. Perisakan dengan garam dan lada hitam secukup rasa.
Senang je kan? Sedaaaappppp! Selamat mencuba!

Isnin, 28 Disember 2009

Setem Malaya

Petang semalam, aku dengan Angah pergi balik rumah ambil barang-barang Angah yang tertinggal kat sana. Sambil tu kitorang pun kemaskanlah barang-barang lama yang tak digunakan lagi supaya senang boleh dispose. Tengah kemas buku-buku lama, aku terjumpa balik album setem aku. Heheh aku ni pengumpul setem rupanya masa kecil-kecil dulu. Macam mana boleh lupa pulak ni?!

Hobi ni aku 'warisi' daripada pak cik aku. Masa tu baru kenal erti 'hobi'. Sibuk nak ada hobi sendiri. Kebetulan pak cik aku dah tak minat kumpul setem lagi. So, ibu pun suruhlah aku belajar kumpul setem. Banyak juga setem-setem menarik yang aku dapat tanpa perlu bersusah payah. Kiranya walaupun masa tu aku baru Darjah 3, aku dah ada 2 album setem besar. 1 untuk setem-setem dalam negeri, 1 lagi untuk setem-setem luar negara. Punyalah excited, lupa kejap apa tujuan asal aku ke sana. Last-last, berpeluh-peluh Angah seorang punggah buku! Aku sengih belek album setem saja :)

Jangan main-main,..ada antara setem-setem ni yang dah ada dalam album ni bertahun-tahun sebelum aku lahir! Contohnya setem Malaya. Nak tengok?


Di bawah ni pula koleksi setem Malaysia dalam pelbagai bentuk :)

Lepas ni kena beli album setem barulah. Abum-album lama ni dah uzur benar :)

Ahad, 27 Disember 2009

Pizza Instant untuk Dinner

Baru - baru ni aku teringin sangat nak makan pizza. Kebetulan sebelah petang tu pergi ke kedai bekalan barang-barang kek, nampak roti pizza yang dah siap. Ting!Terus cerah menyala mentol di kepala (dapat idealah konon-kononnya). Dah ada roti@basenya, aku beli 'ingredients' lain pula.
  • Pizza Sauce (tinggal ratakan atas pizza base je)
  • Chicken Pepperoni
  • Mozarela Cheese
Dekat rumah pulak ada remainder minced meat. So, balik rumah, tanpa lengah-lengah, aku pun prepare pizza aku. Minced meat tu aku goreng dulu dengan sedikit bawang + pepper. Ikut tips yang diberikan oleh Chef Kamarul - kalau nak buat topping pizza, ingredients macam ayam atau daging kita masak dulu supaya nanti pizza kita tu tak basah@berair. Heheheh Chef Kamarul ajar buat pizza from the scratch (dalam entri di blognya entitled Gourmet Homemade Pizza), aku ambil tang petua tu je. Nway, thanks so much Chef.

Lepas sapu pizza sauce, aku susun pepperoni (semewahnya ikut citarasa aku lah) then letak minced meat. Lastly, tabur parutan keju mozarela di atas sekali. Inilah gambar pizza express aku sebelum dibakar. Gambar pizza setelah dibakar tak sempat ambil sebab masa tu aku dah tak tentu arah nak makan :)

Jumaat, 25 Disember 2009

Erti 'Berbaloi'

Keputusan PMR dah pun diumumkan semalam. Sebenarnya, kalau nak ikutkan, aku tak payah nak risau / berderau / berdebar...heheh tapi tahun ini aku 'panas punggung' juga sebab turut sama menanti keputusan beberapa orang 'anak didik'ku.

Seawal pukul 8 pagi aku dah bersedia dengan telefon bimbit. Make sure yang battery full dan keadaan phone tidak 'seperti lemas dalam kolam' (bak kata temanku, Azatul setiap kali gagal hubungi aku :) ) Nak buat kerja lain semuanya serba tak kena. Mujurlah kerja - kerja research yang aku lakukan tidak menuntut sebarang komitmen dalam jangka masa terdekat. Itulah kelebihan kerja 'home base' macam aku ni. Sibuk tatkala ada projek sahaja. Selebihnya, kita mempunyai ruang untuk mengendalikan masa ikut kehendak sendiri.

Tepat pukul 12.20 tengah hari. Telefon bimbit aku mula menjerit. "Kak Long,..." "Khud, dapat berapa?" Belum sempat suara di hujung talian menyambung kata, aku dah terjah dengan soalan tidak sabar. "Long,...saya dapat..."Nada suara Khudri yang tidak ceria dan tersekat-sekat buat aku lagi tertanya-tanya. "Dapat 8A je..." sambungnya dengan nada sedih. Aku yang turut terpengaruh dengan mood sedih Khudri pun balas, "Oh ye ke...tak pelah.... 8A tu pun dah cukup....hah awak dapat 8A?!!!" Barulah terdengar jeritan kegembiraan Khudri dan tawanya kerana aku berjaya 'dimainkan'. Aku pun turut menjerit & bersorak. Tidak sempat habis berbual dengan Khudri, nenek masuk ke bilik memaklumkan bahawa Kak Yah (mama Khudri) telefon, mahu bercakap dengan aku. Sorakan aku bersambung lagi apabila berbicara dengan Kak Yah yang tidak putus-putus berterima kasih kerana aku telah mengajar anak sulungnya.

Panggilan kedua aku terima daripada Afifah (adik kepada teman rapatku, Azatul Husni). Alhamdulillah, satu lagi berita gembira. 8A! Menangis anak gadis ini semasa memaklumkan keputusannya. You deserved it, Fifah! Attitude Afifah dan minatnya terhadap pelajaran buatkan aku tidak penat mengajarnya. Tambahan pula, dia memang anak pintar. Aku hanya perlu bimbing mana yang perlu.

Si manis Afifah

Panggilan demi panggilan aku terima. Aku diajak berinteraksi dengan pelbagai intonasi suara dan mood :) Secara keseluruhannya, aku berpuas hati dengan pencapaian mereka dan secara peribadi, aku teramat berpuas hati dengan prestasi Khudri.


Aku dan Khudri (1 Syawal)

Siapa Khudri? Bagaimana pula aku boleh menjadi gurunya? Sebenarnya, aku kenal Khudri semenjak dia kecil lagi. Ketika itu keluarga Khudri menyewa rumah nenek dan akhirnya jadi 'family friend'. Kebetulan lepas aku grad dulu, time malas-malas nak kerja lagi, aku buat servis tuisyen pada anak-anak kampung. Khudri lah antara murid ku yang pertama. Masa tu dia baru Darjah 5. Disebabkan aku ni bukan guru terlatih (dan tak berniat pun nak jadi guru), aku gunakan pendekatan mengikut pengalaman aku sendiri. Kiranya aku cuba implimentasikan cara-cara aku belajar dulu dengan mereka. Secara jujur, perkara-perkara baru yang aku perkenalkan sukar diterima pakai pada masa tu. Faham-faham sajalah, murid-murid dah biasa dengan situasi pembelajaran dalam kelas seperti di sekolah. Dalam ramai-ramai tu, aku tengok Khudri boleh ikut cara belajar yang cuba aku terapkan. Mungkin sebab dia dah kenal aku sebagai jiran + kakaknya, dia lebih senang menerima apa yang aku sampaikan.

Masuk Darjah 6, Khudri semakin biasa dengan cara aku. Teknik-teknik belajar yang aku permudahkan untuk murid-murid, berjaya diaplikasikan dengan baik. Masa itu, masalah Khudri cuma satu, Bahasa Inggeris. Masalah biasa untuk murid-murid Melayu yang tidak cukup pendedahan. 'Grammar' huru-hara. 'Writing' pun lintang pukang. Tetapi satu sikapnya yang aku puji, dia rajin dan gigih berusaha. Alhamdulillah, kalau sewaktu aku mula-mula mengajarnya Khudri hanya mampu raih 1 atau 2A, untuk UPSR, Khudri dapat 4A, 1B. Satu pencapaian yang cukup cemerlang untuk dirinya. Seperti yang dijangka, B untuk English.

Naik Tingkatan 1, aku nekad untuk pastikan Khudri dapat A untuk English dalam PMR. Mungkin bagi sesetengah pihak perkara ini mudah, tetapi bagi para pelajar yang duduk di kampung dan tidak berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris, perkara ini amat sukar. Masih ada ibu-bapa yang menganggap aku 'cikgu pelik' apabila mewajibkan penggunaan kamus ketika belajar. Terpulanglah. Kalau semasa tuisyen, murid atau pelajar beri alasan macam-macam ketika belajar (terutamanya English), aku tidak ada kudrat untuk paksa mereka. Kadang-kadang mereka ini tidak boleh dipersalahkan 100%. Kita sendiri pun kalau tak faham sesuatu perkara / jauh ketinggalan, kita akan hilang minat.

Tetapi, ada pengecualian buat Khudri. Mungkin kerana sifatnya yang positif, aku berani cuba cara-cara baru untuk tambah kosa katanya + tingkatkan skil menulis. Setiap kali habis tuisyen aku akan bekalkan dia dengan perkataan - perkataan baru untuk dicari makna dan diindekskan ke dalam sebuah buku khas. Buat newspaper cuttings, main 'word games'. Tidak cukup dengan itu, hampir setiap hari, Khudri perlu membuat entri jurnal dalam Bahasa Inggeris (seolah-olah diari hariannya) dan aku akan membetulkan struktur ayatnya. Aku wajibkan dia membuat pembetulan atas setiap kesalahan ejaan @ ayat. Mungkin ada yang berpendapat caraku ini kebudak-budakan. Bagi segelintir pelajar, arahan ku ini akan dipandang sepi. Alhamdulillah, Khudri tetap akur (walaupun nak terjojol biji matanya melihat halaman jurnal yang penuh dengan dakwat merah :) )

Khudri akan cuba buat setiap tugasan yang diberi kendatipun kadangkala tugasannya kurang sempurna. Apa yang menarik, tanpa aku sedari Khudri turut berjaya 'menjinakkan' beberapa teman sebayanya untuk turut sama belajar. Aku tidak perlu susah-susah paksa mereka kerana mungkin apabila melihat 'attitude' Khudri, mereka terpanggil untuk belajar sama.

Menginjak lima tahun dibimbing, Khudri semakin sistematik. Apa saja yang kami ajarkan yang dia rasa dia boleh guna untuk kebaikan, dia akan ikut. Pernah Dah & Angah melabelkan Khudri sebagai 'klon Kak Long@adik Along' kerana kebanyakan cara belajarnya (dari menulis nota hinggalah ke mengemaskini lembaran kerja) mirip caraku. Keputusan peperiksaannya semakin baik & meningkat. Aku yakin Khudri boleh dapat straight A's kalau dia tidak cuai.

Hari ini, Khudri boleh senyum. Dia berjaya buktikan kemampuan dirinya. Dia juga berjaya buktikan, dengan istiqamah (konsistensi), dia boleh takluki kelemahannya. Boleh dapat A dalam English, boleh dapat A dalam semua subjek! Tahniah, Khudri! Along bangga dengan Khudri! Along yakin, hari ini Khudri faham apa pengertian sebenar perkataan 'berbaloi' .

Jumaat, 18 Disember 2009

Selamat Datang 1431

Alhamdulillah, masih diberi peluang oleh Allah untuk sambut tahun baru hijrah 1431. Salam Muharram untuk kalian semua. Berkesempatan tak baca doa akhir dan awal tahun semalam? Ada yang pasang azam baru? Apa-apapun aku berharap sangat-sangat agar tahun ni membuka lembaran tahun baru yang penuh keberkatan dan rahmat untuk kita semua. Semoga setiap hari dapat kita lalui dengan baik dan sesempurna mungkin.

Rabu, 16 Disember 2009

Muffins Gift Pack


Dah siap! Nenek suka gift pack dengan reben gold. Ibu pula suka yang reben ungu. So, aku buat dua version.


Gift pack ni aku buat hujung minggu lepas. Adik aku order untuk beri pada staff dia sebelum dia ambil long leave. Ada 6 perasa


Muffin Double Chocolate Chips siap dulu.
Vanila siap paling akhir :)

  • Vanila
  • Vanila + Chocolate Chips
  • Double Chocolate Chips
  • Kiwi
  • Blueberry
  • Mocha + Walnut

Kebetulan Sabtu pagi kena sakit mata. Dua-dua mata gatal + merah macam kuntilanak. Kiranya kalau nak jadi 'pontianak tambahan' dalam mana - mana citer hantu aku tak perlukan make-up tambahan. Terus Chucky bawak pergi klinik. Dapat antibiotik, ubat gatal+merah mata dan ubat titis. Gigih aku titis setiap 2 jam. Alhamdulillah, by petang Ahad...mata dah pulih dan bolehlah aku 'berkarya' menghasilkan muffin-muffin ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...