Sabtu, 29 Ogos 2009

Aku dan Cornflakes

Minggu ni minggu aku dan biskut cornflakes. Bukan apa, gatal gigi nak makan mende rangup2. Kebetulan stok corflakes memang ada kat umah + resepinya mudah-mudah. So, kat bawah ni aku sajikan korang (saji mata je la ye) dengan biskut2 cornflakes yang berjaya aku hasilkan sepanjang minggu. Resepi aku cedok daripada buku resepi ibu dan nenek (yang sekarang dah jadi hak mutlak aku hehehe)



Shinjuku Incident (2009)


Akhirnya kesampaian hasrat aku untuk menonton filem ni. I am a big fan of Jackie Chan + Daniel Wu. Last cerita Jackie Chan yang aku tengok 'New Police Story' beberapa tahun lepas. 'The Forbidden Kingdom' pulak (lakonan dengan seorang lagi hero kegemaran aku, Jet Li), sampai sekarang masih belum ada peluang nak tengok.

Pada pendapat aku, cerita ni lagi berat daripada New Police Story. Jackie Chan kononnya seorang 'tractor mechanic' yang masuk ke Jepun secara illegal semata - mata untuk cari kekasih hatinya. Bila dah hidup merempat sebagai pendatang haram, Jackie ni mula terlibat dengan macam-macam aktiviti jahat untuk dapatkan wang + dapat tahu girlfriend dia dah kahwin dengan salah seorang ketua yakuza yang terkenal. Cerita ni lagi bertambah berat bila ada isu pergaduhan antara yakuza, imigran China diburu polis dan penglibatan diorang dalam macam2 aktiviti illegal. Masa tonton cerita ni, teringat novel Ramlee Awang Murshid ~ Hatiku di Harajuku, juga berkisar tentang kehidupan yakuza.

Cerita ni penuh dengan mesej. Jackie akhirnya berjaya dapatkan kerakyatan Jepun dan cuba ubah nasib imigran2 China yang lain untuk cari rezeki cara betul & tak tindas orang. Tapi hanya dia seorang je yang bersungguh-sungguh sedangkan geng2 yang lain masih nak seludup dadah + jadi samseng. Korang tengoklah cerita ni. Memang worth it,....satu je aku tak puas hati. The ending.... :( Tontonlah dan korang akan tahu mengapa.

Hazel Nut Choco Balls

Okay, yang ni pula kiranya transformasi daripada Almond London. Instead of using almond, kita letak hazel nuts kat dalam cookienya. Sepatutnya kalau nak lagi sedap kena letak serbuk kacang hazel dalam adunannya. Tak de stok kat umah. Yang ada hanyalah kacangnya + malas nak tumbuk@hancurkan. Buat ni hari Khamis lepas untuk students di Kuang. Usually hari Khamis & Jumaat we all ada 'Cookie of The Day'.

Bebola yang belum dibakar.
Taraaaaaa!!!! Inilah hasilnya!

Kemaruk makan Tat Nanas Berkeju

Dah masuk seminggu kita berpuasa. Sekejap je kan...well, kat rumah sekarang, since aku banyak free time during Ramadhan, aku pun sibuk cuba resepi itu resepi ini. Saja je,..alang - alang semua bahan nak buat kuih dah ada :)

Terbaru aku cuba buat Cheesy Pineapple Tart. Secara asasnya, tak ada banyak beza cuma dohnya diperkaya dengan rasa keju. Yummmy yummm! Bau tat tu punyalah harum! Buat hari tu dapatlah dalam dua balang. Bawak gi jumpa students aku, langsai.....yang balance kat rumah pun aku rebut-rebut dengan Dah. Nasib baiklah kitten ku si Tabby Kiki tak makan kuih tat :)

Harap2 bila buat untuk raya nanti menjadilah. Bukan apa, aku ni ada sindrom cuba resepi kali pertama jadi,...masuk kali kedua jadi resepi lain heheh. Oh ada gambar untuk dikongsi. Rasanya untuk raya nanti nak buat bentuk lain sikitla. Bentuk macam labu@tat sekundang orait jugak kan?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...