728 x 90

Sabtu, 4 Julai 2009

Grilled Chicken with Potatoes & Green Salad


Ini sebenarnya juadah makan tengah hari aku dan Dah pada Sabtu lepas. Simple but super yummy! Kebetulan, malam sebelumnya, jiran sebelah hantar ayam golek. Disebabkan telah makan malam lebih awal, sudahpun tersandar kekenyangan depan televisyen, kitorang pun simpanlah ayam tu untuk 'santapan' keesokan harinya.

Ayam dah sedia ada, cuma tinggal dipanaskan. Jadi, aku dan Dah pakat buat side dish sebab hari tu memang tak plan nak makan nasi. Fikir punya fikir, aku buat baked potato dan Dah pula buat green salad. Baked potato ni aku dapat resepinya dalam salah satu rancangan Jamie Oliver. Sejak dulu lagi teringin nak buat.

Resepi Grilled Chicken with Potatoes & Green Salad

Bahan-bahan:
  • 6-8 biji kentang (ikut citarasa)
  • 1 labu bawang putih
  • Olive oil
  • Daun Rosemary
  • Parutan Kulit Lemon
  • Garam
  • Pepper

Langkah-langkah Penyediaan:

Mula-mula, potong kentang ikut style wedges atau tebal sikit daripada saiz fries yang shoestrings tuh. Rebus. Once dah empuk, panaskan lebih kurang 3 sudu besar minyak zaitun atas frying pan dan tumiskan 1 labu bawang putih (yang telah diasing dan 'dipenyekkan'). Masukkan kentang tadi dan biarkan dua tiga minit atas pan. Selepas tu, tuangkan kentang + bawang putih tadi ke dalam baking tray dan bakar di dalam oven pada suhu 200 - 220 darjah celcius hingga rangup.

Sementara tu, korang sediakanlah garam rosemary untuk kita tabur atas kentang tadi. Masukkan parutan kulit sebiji lemon+daun rosemary (pisahkan dari tangkai)+garam ke dalam lesung. Garam tu pula agak-agaklah supaya dapat menyerap kelembapan kulit limau tadi. Tumbuk dan hancurkan guna lesung hingga tekstur jadi halus. Kalau buat lebih pun tak mengapa, boleh simpan dalam balang kedap udara janji jumlah garam yang korang masukkan mencukupi hingga campuran tadi kering. Taburkan garam rosemary ni dan pepper pada kentang sebelum dihidang :)


Selamat Mencuba!


8 ulasan:

  1. haa..ko beli mana herbs rosemary, thymes yg fresh tu? slalu yg kering mcCormick je jumpe

    BalasPadam
  2. eiffa dear, aku selalu beli kat tesco.

    BalasPadam
  3. woh..tesco ada ek..tak pnh perasan..hahha..slalu aku dok borong sayur je..wokeh2...

    BalasPadam
  4. ada,..diorang pek siap2 dalam plastik jernih. aku selalu memang carik kat tesco je klu nak herbs yang fresh. cuma antara ada stok dgn takde je la...

    BalasPadam
  5. nyum2x...makan sihat ni terasa lapar lah pulak

    BalasPadam
  6. Bagus ni praktis resepi Jamie Oliver... He he he...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...