728 x 90

Selasa, 10 Oktober 2017

Spiraldex Chronodex dan yang Berjaya Meneka dengan Tepat

Pernah dengar tentang spiraldex? Dalam entri awal September yang lalu, saya ajak kalian meneka apakah nama dan kegunaan rajah berlingkar di bawah.



Jawapan yang tepat ialah Spiraldex. Kita guna spiraldex untuk tulis jadual harian kita dalam bentuk visual yang lebih menarik. Kiranya macam timeline of the day lah. Kalau tanya pada planner addicts atau mereka yang buat bullet journals or filofax, they know better.

Nombor-nombor pada spiraldex itu mewakili jam (waktu). Jadi, catatlah sebarang temu janji, mesyuarat dan tugasan lain mengikut senggak waktu. Tanda atau warnakan (jika perlu) supaya kita dapat gambaran kasar perjalanan hari kita bagaimana. In a glance kita dah tahu hari kita hectic atau sebaliknya.

Isnin, 9 Oktober 2017

Honey Butter Cashewnut Korea

Baru-baru ini saya berpeluang merasa salah satu snek dari Korea yang sedap yumm yummm! Kacang gajus bersalut mentega dan madu. Cekengah kirim pada kawan dia. Beginilah rupa packaging snek Honey Butter Cashewnut tu.


Bagi yang suka mengunyah macam saya, kalian memang akan enjoy snek ni. Sekali dah masuk mulut, memang tak boleh berhenti! Ketagih dibuatnya. Lepas satu, satu masuk mulut. Kacangnya rangup dengan rasa mentega dan madu yang rich,...oh,..heaven in your mouth! Krup krap krup krap. Habis rosak diet saya hahahah, Masa makan tu dah tak kira dah calorie intake untuk hari tu, Calorie what?! Tiba-tiba buat lupa 😃 Honey Butter Cashewnut punya pasal, diet berterabur pun pejamkan mata aja. Berbaloi!

Hiasan Kraf - Here & Now | Rosie's Studio

Stok barang baru untuk buat kraf. Crafts embellishments keluaran Rosie's Studio - Here & Now. Saya suka beli ikut set/range begini. Mudah nak dipadan-padankan apabila buat projek kraf.


Ada 4 item yang saya beli:
1. Die-cut Embellishments (180 pieces)
2. Decorative Brads (21 pieces)
3. Designer Paper
4. Foil Chipboard Alphabets

Saya sebenarnya dah tak boleh beli embellishments atau material kraf baru lagi buat masa ini. Yang ada kat rumah tu banyak lagi yang belum digunakan. Takkanlah asyik nak bawa masuk barang baru. Tetapi, sekuat mana saya memasang tekad setiap kali masuk kedai untuk 'sekadar tengok-tengok' je,.. kuat lagi tarikan barang-barang ni memanggil-manggil mohon dibeli. Huhuhuhu mana boleh kata tidak kan?! Lagipun, saya suka gabungan warna yang digunakan untuk set Here & Now. Ada purple, magenta, biru, hijau... Sweet gitu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...